• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera  🙂

 

Apakah Gastrik

 

bagaimana gastrik berlaku

Gastrik berlaku apabila mukosa atau lapisan perut mendapat keradangan, gatal-gatal atau terhakis. Banyak faktor yang mempengaruhi keadaan lapisan perut ini. Ia boleh berlaku secara akut (tiba-tiba) atau secara kronik (dari semasa ke semasa – jangka panjang) dan boleh membawa kepada ulser perut.

 

Bagaimana Gastrik Berlaku

 

Lapisan perut terdiri daripada sel-sel khusus yang menghasilkan asid dan enzim. Asid dan enzim sangat penting kerana ia membantu dalam proses pencernaan makanan. Lapisan perut ditutup dengan lendir yang berfungsi melindungi perut daripada kesan asid.

Apabila lapisan ini dimusnahkan, ia akan menyebabkan pengeluaran pelbagai enzim, asid serta lendir semakin berkurangan. Keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya gastrik, iaitu kerengsaan perut.

 

Punca-punca Gastrik

 

punca gastrik

Di antara punca-punca gastrik ialah:-

  1. Penggunaan jangka panjang ubat-ubatan bukan steroid seperti ubat anti-radang (NSAIDS)
  2. Pengambilan alkohol yang berlebihan
  3. Merokok
  4. Pengambilan kafein (teh dan kopi) secara berlebihan
  5. Jangkitan Helicobacter Pylori (jangkitan H. pylori) yang boleh membawa kepada ulser perut dan duodenum
  6. Trauma kecederaan perut
  7. Kebakaran Teruk/Parah
  8. Pembedahan untuk mengurangkan berat badan berlebihan atau pembinaan semula saluran pencernaan
  9. Refluks hempedu kronik
  10. Gangguan autoimun (mekanisma pertahanan badan menyerang sel badan sendiri)
  11. Pendedahan radiasi
  12. Pernicious Anemia (anemia yang parah), di mana badan kekurangan enzim yang menyerap vitamin B12
  13. Muntah kronik
  14. Stress (tekanan)

 

Gejala Gastrik

 

tanda gastrik

Walaupun terdapat kategori akut dan kronik, namun tidak semua pengidap gastrik mengalami gejala tersebut. Di antara gejala yang biasa berlaku ialah:-

  1. Sakit di bahagian perut atas terutama di sebelah kiri
  2. Sakit seperti rasa terbakar di dalam perut
  3. Kembung
  4. Rasa kenyang/sebu perut
  5. Hilang selera makan
  6. Hilang berat badan tanpa diketahui punca
  7. Tersedu (hiccup)
  8. Pedih ulu hati
  9. Najis berwarna sangat gelap atau bercampur darah – perlu segera berjumpa doktor untuk ujian

 

Apa Yang Perlu Dielakkan Pengidap Gastrik?

 

  1. Makanan pedas
  2. Alkohol
  3. Merokok
  4. Kafein (teh dan kopi)
  5. Makan secara berlebihan
  6. Makanan  berlemak
  7. Makanan bergoreng
  8. Makanan berasid seperti cuka dan jeruk
  9. Makan lewat
  10. Makan banyak (large meal)  sebelum tidur

 

Rawatan Semulajadi

 

rawatan semulajadi

Bagi pengidap gastrik, lebihkan pengambilan:-

  1. Buah-buahan seperti epal, saderi, ceri, tomato, avokado
  2. Sayur-sayuran seperti bawang merah, bawang putih, lada benggala (capsicum), brokoli, timun, bayam
  3. Daging tanpa lemak
  4. Ikan
  5. Tauhu
  6. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

 

Gastrik dan Shaklee

 

ESP

 

Sebagaimana yang kita maklum, gastrik berkait rapat dengan kandungan asid di dalam perut. ESP yang bersifat alkali mampu membantu meneutralkan asid tersebut.

Selain daripada itu, ESP berasal daripada kacang soya sebagaimana taufu yang dikatakan sangat bagus untuk pengidap gastrik.

 

Omega Guard

Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik yang berfungsi sebagai anti-radang. Justeru itu, ia dapat mengurangkan kerengsaan yang berlaku di dalam perut akibat gastrik.

 

B-Complex

Sekiranya gastrik anda disebabkan oleh stress, B Complex adalah antara gabungan pilihan terbaik kerana mampu merangsang hormon serotonin atau lebih glamer dengan panggilan hormon gembira.

B Complex merupakan gabungan pelbagai vitamin B iaitu B1 sehingga B12.

 

Semoga gastrik anda berkurangan dan beransur sembuh.

 

Jom try produk yang semulajadi, berkesan, selamat dan mesra alam ini.

 

Terima kasih :)

 

Shaklee Independent Distributor

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Tips Kenali Gastrik dan Cara Menanganinya

Leave a Reply to Naimah Wahab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge