Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
Apa khabar semua? Rindu pula saya dengan blog dan semua tetamu kehormat saya kat sini. Sebenarnya beberapa hari lepas, saya balik kampung, dengan blog pun bercuti. Tak boleh jadi nih, kalau biar lama-lama, mau bersawang blog ni 😛
Kali ni dah masuk ke entri ke 25 iaitu Obsession Saya. Menarik ni. Sebenarnya ada beberapa obsession yang saya ada, tapi antara yang utama ialah perkara-perkara tentang parenting terutamanya pendidikan awal kanak-kanak atau Early Childhood Education (ECE).
Tentu ramai dah dengar berkenaan ECE kan? Teringat saya bagaimana sewaktu awal-awal saya dikurniakan anak sulung dahulu. Memandangkan sewaktu itu saya berada di luar negara, jadi selalu jugalah saya berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan melalui Skype atau sebarang media perhubungan online.
Masa tu saya borak-borak dan selalu blogwalking kat blog kawan satu universiti dahulu iaitu Puan Norhidawati Abdul Aziz, pemilik Genius Baby On Board (GBOB). Beliau ni seorang yang sangat passion dengan ECE. Beliau sangat bersungguh-sungguh mengaplikasikan konsep ECE terhadap anak sulung beliau, Qarissa sehinggalah tertubuhnya playgroup beliau sendiri.
HQ GBOB ni di Puchong. Sudah ada branches di Johor Bahru dan Shah Alam lagi. Teringat saya masa mula-mula kami berborak pasal ECE. Memang sangat bersemangat. Kalau ada video atau perisian best-best kat youtube atau gadget seperti iPhone, iPad dan iPod, mesti kami berkongsi. Sehinggakan handphone saya pun penuh dengan flash card dan aplikasi menarik untuk bayi.
Apa yang paling penting, ibu bapa perlu sedar bahawa tingkap atau waktu emas perkembangan otak anak-anak adalah 5 tahun ke bawah.
Semasa kat US haritu, kami ada orderkan set Your Baby Can Read. Saya cuba apply pada kashful sewaktu dia berusia dalam 5-6 bulan kalau tak silap saya.
Hasilnya, mashaa Allah, dalam masa beberapa bulan, Kashful dah boleh membaca. Hebatnya otak anak kecil. Tinggal kita jer nak rangsang macam mana.
Sekiranya anda ke Islamic Parenting Network, rasa takjub pada kebolehan anak kecil lagi berganda. Bayangkan, anak sekecil 3 tahun dah boleh hafal al-Quran.
Doa saya semoga anak-anak saya dan kalian semua hafal al-Quran dan Hadis, amalkanl al-Quran dan Hadis serta ajarkanl al-Quran dan Hadis kepada orang lain, juga menjadi terbaik di dunia dan akhirat. Ameeeeennn
Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-
Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia
Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga
Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku
Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak
Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?
Hari #8: Brunei Negara Impianku
Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan
Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya
Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya
Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan
Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya
Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live
Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui
Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini
Hari #18: Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya
Hari #19: Perkara Yang Membuatkan Saya Takut
Hari #20: Perkara Yang Membuatkan Saya Tercabar
Hari #21: Binatang Kesukaan Saya
Hari #22: Pakar Motivasi Kegemaran Saya
Hari #23: 5 Insan Terpenting Kepada Saya
Hari #24: Cara Terbaik Habiskan Masa Lapang
Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe
Terima kasih 🙂
Naimah Wahab
Bestnya dapat menulis entri pada setiap hari… Saya kadang tu ada entri kadang tu ada draft sahaja.. Tetapi ada masanya banyak draft yang boleh dituai menjadi entri, dapatlah lebih satu entri sehari… Tapi ianya hanya berlaku sekali sekala sahaja… huhuhu
Anuar recently posted…Permohonan Biasiswa Petronas untuk Lepasan SPM mula dibuka esok
Wahhh, bagusnya, saya ni pun masih on off lagi, kene kentalkan hati untuk buat setiap hari 🙂
tahniah-tahniah, kira dah berjaya dengan cabaran dah ni.
Denaihati recently posted…Semak keputusan SPM 2013 tak perlu pergi sekolah
Terima kasih tn. Denaihati :), tapi sebelum habis 30 entri, belum pass lagi 🙂
wah selamat ya kak putra nya sudah mulai belajar di sekolah. semoga makin tambah sukses ya kak 😉
Ririn recently posted…Cara Menghasilkan Uang dari Menulis Artikel
Aminnn, ma kasih ye dik ririn 🙂
wah lagi 5 entri je untuk habiskan cabaran 30 hari ni..good luck 🙂
puteri kasih recently posted…Kunci-Kunci Kebahagiaan
Thanks puteri 🙂
Amiinnn semoga doa nye admi terkabul
Ammen, thanks sista 🙂