• Putrajaya, Malaysia
  • December 10, 2024

Sebut perkataan rindu, sudah pastilah saya terus terbayanglan arwah ayah saya. Insan istimewa yang sangat penyayang dan mengambil berat tetapi tegas ini telah kembali ke pangkuan Ilahi pada 3hb Jan 2011, sehari selapas hari lahir adik ke-5.

Ibu Ayah adalah rahmat kepada anak-anak
Permata Hati Kami Adik-beradik

Dulu sewaktu bersekolah rendah, saya dan kawan-kawan mengikuti tuisyen dengan suami guru kelas di rumah beliau pada waktu malam. Kitaorang berbasikal ramai-ramai. Sewaktu balik, masing-masing duk memecut.

Saya apa lagi, join lah sekali, takkan nak berbasikal sorang-sorang kot di tengah malam kan? Sekali dah sampai rumah, tak lama lepas tu kene soal siasat dengan ayah yang kami adik-beradik panggil chek. Rupa-rupanya chek ikut dari belakang jauh-jauh.

Apa lagi, sengeh jer lah. Betapa chek sangat menjaga keselamatan kami. Memang kami diberi kebebasan berkawan tapi masih dalam kawalan.

Satu lagi, kalau keluar ke mana-mana, mesti berada dalam rumah sebelum maghrib. Kalau pergi pasar malam, kalau kebetulan terlambat dan waktu maghrib dah nak masuk, memang kelam-kabutlah kitaorang balik rumah.

Satu lagi yang saya rindui ialah kenangan sewaktu menjalani kehidupan sebagai anak rantau di Amerika Syarikat. Kami menetap di Vienna, Virginia. Kawasan yang agak damai dan tidak terlalu padat atau sibuk seperti New York. Di sini seperti Putrajaya gitu.

Kami sampai ke sana sewaktu penghujung musim bunga. Jadi dah nak musim panas. Selalu ada banyak aktiviti fruit picking time ni. Kitaorang sempatlah pergi ke ladang peach dan cherry. Makan jer sebanyak mana nak makan kat situ. Bayaran hanya dikenakan untuk buah yang dibawa pulang sahaja. Seronok kan?

peach fruit picking

peach fruit picking

cherry fruit picking

cherry fruit picking

Pada musim luruh, kami berpeluang pula ke Taman Negara Shenandoah. Permandangan di sepanjang jalan ke sana sangatlah cantik dengan daun yang pelbagai warna bergabung kuning, merah, jingga, hijau serta coklat. Panorama kombinasi warna daun pada pokok dan yang luruh berguguran ke tanah sangat indah.

fall in shenandoah national park

fall in shenandoah national park

fall in shenandoah national park

Pengalaman pertama melihat salji turun sangatlah mengujakan. Tapi waktu tu saya terpaksa menahan diri bermain salji kerana dalam pantang anak sulung. Bila tiba musim salji yang seterusnya, apa lagi, saya memang betul-betul lepaskan geram.

snow in vienna, virginia, DC

snow in vienna, virginia, DC

snow in vienna, virginia, DC

Masih terbayang-bayang keseronokan kami beri sewaktu cherry blossom pada musim bunga. Sangat cantik. Cherry blossom ni adalah bunga sakura. Bunga-bunga kecil yang berkembang di ranting-ranting pokok tanda permulaan musim bunga yang menggantikan musim salji. Kalau boleh, di setiap ranting bunga nak bergambar.

Cherry Blossom in Tidal Basin, Washington DC

Cherry Blossom in Tidal Basin, Washington DC

Cherry Blossom in Tidal Basin, Washington DC

Memori adalah sahabat terindah buat kita. Walaupun insan yang tersayang telah tiada dan pengalaman tersebut telah berlalu, namun, ianya tetap kemas terpahat di jiwa untuk selama-lamanya.

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya

Hari #12: Kereta Idamanku

 Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan

 Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya

Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

 

Terima kasih :)

 

Shaklee Independent Distributor

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge