• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Hal berhubung status halal Shaklee memang sudah menjadi isu yang berpanjangan. Ramai yang mempertikaikan kenapa tidak ada logo halal JAKIM pada botol setiap vitamin Shaklee yang dijual secara meluas ke seluruh negara. Mulalah timbul rasa was-was dan sangkaan yang Shaklee ni haram. Sijil Halal Shaklee:-

shaklee's halal certification
shaklee's halal certification zoom in

Untuk makluman semua pihak, Shaklee merupakan produk keluaran Amerika Syarikat. Produk luar yang masuk ke negara ini tidak diwajibkan untuk mempunyai logo halal JAKIM. Apa yang paling penting, bagi produk kesihatan perlulah sekurang-kurang mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimana dengan status halal Shaklee? Shaklee telah mendapat status halal daripada ISA (Islamic Services of America). ISA pula merupakan badan Islam di US yang mendapat pengiktirafan daripada JAKIM.

Yelah kan, kalau semua barang yang masuk ke Malaysia ni perlu ada cop halal JAKIM, jenuhlah JAKIM nak kene hantar staf mereka ke seluruh dunia. Rakyat Malaysia kebanyakannya kerja dengan JAKIM jer lah kalau camtu.

Dalam sesebuah negara tu, cuba kita kira ada berapa negeri, daerah? Tu baru satu negara. Bayangkan satu dunia? Agak-agak berapa puluh ribu malah mungkin lebih ramai lagi staf nak kene hantar.

Kalau macam ni, saya pun nak jadi staf JAKIM, boleh round seluruh dunia. Free lagi….heeee

Saya yang berpeluang menetap selama 3 1/2 tahun di Amerika Syarikat pun, jarang sangat berjumpa dengan produk Malaysia. Apatah lagi yang ada cop halal JAKIM. Takkan mereka yang berada di luar negara terpaksa ikat perut sebab tak jumpa barang makanan yang disahkan halal oleh pihak JAKIM semata-mata. Ye tak?

Lagipun, Islam ni kan berada di seluruh dunia. Malah, dari segi praktikalnya, banyak negara yang lebih strict dalam isu halal haram ni. Jadi, sudah memadai JAKIM memberi pengiktirafan kepada badan-badan Islam yang mengeluarkan status halal di negara masing-masing

Jadi, barang yang halal, jangan dikatakan haram. Tambahan pula dijaja tak tentu hala. Fitnah namanya tu. Senang-senang jer dapat dosa.

So, tak perlu nak pening-pening, Shaklee halal. Bukan setakat halal, tapi semulajadi, selamat, berkesan dan mesra alam. Tak ke BONUS berganda namanya tu?

 

Terima kasih sudi membaca bebelan saya :)

 

Pengedar Shaklee no 1 terbaik di Malaysia

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

1 thought on “Shaklee Halal Ke Haram?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge