• Putrajaya, Malaysia
  • October 8, 2024

Malaysia tanah airku yang tercinta. Walaupun saya diberikan rezeki peluang untuk menetap di luar negara selama lebih kurang 3 1/2 tahun, namun Malaysia tetap menjadi negara pilihan hatiku.

malaysian kids

Namun, di sebalik kemakmuran dan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia, keamanan dan kerukunan negara ini semakin tercalar dan tergugat dengan jenayah dan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi. Di mana silapnya?

Sebenarnya, tanpa perlu menunding jari kepada sesiapa, kita sama-sama perlu berganding bahu mengekalkan keamanan negara. Tapi, bagaimana?

 

Tangani Masalah Sosial

Menangani masalah sosial ni sebenarnya terlalu luas dan banyak caranya. Apa yang penting, kita perlu mengenalpasti punca-puncanya. Di antaranya punca utamanya ialah:-

 

Keruntuhan Institusi Keluarga

Tanpa kita sedari, institusi kekeluargaan sebenarnya merupakan tulang belakang sesebuah negara. Jika kita kaji, kebanyakan individu yang terlibat dengan masalah sosial seperti melepak, lumba haram, bohsia dan bohjan, berpeleseran dan sebagainya adalah berpunca dari keluarga yang berantakan.

Keluarga yang sejahtera melahirkan individu yang bersahsiah tinggi dan mampu melawan arus dan cabaran-cabaran dari luar. Kasih-sayang Rasa kasih sayang dan saling membantu di antara adik-beradik perlu diterapkan sejak mereka kecil lagi.

Anak-anak yang membesar dengan penuh kasih sayang akan mempunyai akaun emosi yang positif dan turut memberi aura positif kepada orang lain.Maka akan lahirlah masyarakat yang saling berkasih-sayang dan mengambil berat antara satu sama lain.

 

Didikan Agama

Agama merupakan salah satu elemen terpenting di dalam pembentukan peribadi manusia. Ini kerana agama Islam hanya mengajar kita tentang kebaikan dan meninggalkan keburukan, mempunyai hubungan baik dengan pencipta dan hubungan baik sesama manusia. Kalau semua orang memang mengikut ajaran agama, tiada lagi masalah kat dunia. Malaysia pasti akan aman.

 

Pendidikan

Konsep pendidikan di negara kita wajar diperkukuhkan dari semasa ke semasa walaupun menteri bertukar ganti. Bukanlah bertukar mengikut menteri yang mentadbir bahagian pendidikan dalam tempoh tertentu. Sebagai contoh, kalau sebelum ini ingin dilaksanakan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Untuk peringkat yang seterusnya, sekiranya terdapat kelemahan, pertingkatkan lagi cara pengajaran seperti penggunaan alat bantu mengajar yang lebih bervariasi, membuat tayangan slaid, pembelajaran di luar kelas dan sebagainya. Situasi ini akan lebih menambahkan lagi minat pelajar untuk mengikuti mata pelajaran tersebut.

Selain daripada itu, di samping subjek asas, para pelajar perlu didedahkan serta diberi peluang untuk mengikuti mata pelajaran yang menjurus kepada kerjaya yang diminati. Secara tidak langsung, akan mengurangkan peratus pengangguran sekaligus mengurangkan gejala lepak dan berpeleseran.

 

Gejala Rasuah

Rasuah adalah sejenis barah masyarakat. Dengan rasuah, pelbagai jenayah menjadi semakin berleluasa. Bermula dari kes kecil dan mungkin melibatkan dua orang individu sahaja, boleh membawa kepada jenayah berat serta melibatkan banyak pihak.

Sebagai contoh, pihak pemaju bangunan membeli belah yang tidak berkelayakan telah menyongok pihak yang memberi kelulusan projek kerana ingin memenangi tender pembinaan. Sekiranya pemaju tersebut berjaya mendapat tender dan membina bangunan pusat membeli belah tanpa mengikut prosidur dan speaifikasi yang ditetapkan, berkemungkinan besar bangunan tersebut boleh runtuh.

Sekiranya bangunan tersebut runtuh dan mengorbankan banyak nyawa, situasi menunding jari untuk saling menyalahkan akan berlaku. Tidak mustahil pula terdapat kes pembunuhan terjadi bagi menutup menutup kes tersebut.

 

Perketat Undang

Pihak kerajaan perlu memperketatkan lagi undang-undang serta memastikan pesalah mendapat hukuman yang setimpal. Jangan ada kes hanya “ikan bilis yang ditangkap, jerung dilepas bebas berkeliaran”.

we love malaysia

Kesimpulannya, semua pihak perlu mengembeleng tenaga serta memberi kerjasama dalam memastikan negara kita menjadi tempat yang paling baik untuk kehidupan. Bukan sahaja di masa sekarang, tetapi sehingga ke masa depan untuk diwarisi oleh generasi yang akan datang.

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya

Hari #12: Kereta Idamanku

 Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan

 Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

 

Terima kasih :)

 

Pengedar Shaklee no 1 terbaik di Malaysia

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live | Hari #15; Cabaran 30 Hari Entry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge