• Putrajaya, Malaysia
  • December 1, 2024

Sebut berkenaan Outdoor Activity kegemaran saya ni, terkenang pula zaman bujang dahulu…hehehe. Saya sebenarnya suka sangat berbasikal. Kalau petang-petang tu, mesti nak meronda-ronda keliling kampung. Kadang-kadang siap masuk kampung orang lagi. 🙂

family cycling
Berbasikal satu keluarga memang best 

Biasanya saya berbasikal sama ada dengan adik atau sepupu saya. Kalau dah tak ada siapa-siapa yang free masa tu, seorang diri pun jadi. Apabila dapat berbasikal secara santai, rasa sangat lapang jer jiwa. Tambahan pula kalau cuaca agak redup, wah, rasa nak mengayuh jer tanpa henti.

Sekarang ni, dengan anak syurga bertuah dua orang, outdoor activity saya ikut kecenderungan diaoranglah pula. Biasanya, kalau waktu petang tak hujan, saya bawa Kashful dan Asif pergi ke taman permainan yang tidak jauh dari rumah. Enjoy betul diaorang dapat sedut udara luar.

Outdoor activity
Seronok Kashful dan Asif bermain buaian.
Kids' Outdoor activity
Asif bukan main syok lagi dalam buaian

Dulu-dulu, sewaktu Kashful dah boleh berjalan, bawa dia meronda-ronda kawasan di sekitar perumahan kami. Seronok tengok keletah dia yang dah bercakap macam-macam masa tu.

Kashful Vienna, Virginia, US
Aktiviti petang sewaktu di Kashful US dulu – jalan-jalan ronda kawasan perumahan
Outdoor activity
Bermain kereta kat padang

Lagipun aktiviti luar sangat penting untuk perkembangan fizikal anak-anak. Kalau tak ke taman mainan, biasanya saya layan Kashful main bola di tepi halaman rumah. Asif duduk dalam stroller, jadi pemerhati….kiki

Kadang-kadang kami hanya lepak-lepak tepi laman sambil tengok alam terutama langit atau awan. Pastu borak-boraklah pasal apa yang dilihat. Asif pun join sekali.

Satu lagi kegemaran Kashful ialah mandi kolam dan pantai. Pantang nampak air. Sampaikan untuk hari lahir sewaktu 4 tahun haritu, papa hadiahkan dia mandi pantai, balik baru beli kek.

Beach, Ocean
Mama, Kashful dan Asif
Outdoor activity
Papa, Asif dan Kashful

Waktu berlalu sungguh pantas. Tak sangka Kashful dah nak masuk 5 tahun dan Asif akan berumur 2 tahun pada tahun ini. Saya harap sentiasa dapat meluangkan masa terbaik untuk rezeki anugerah Tuhan ini serta keluarga tercinta. Mereka adalah anugerah yang tidak ternilai buat saya.

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

Terima kasih :)

 

Pengedar Shaklee no 1 terbaik di Malaysia

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Outdoor Activity Kegemaran Saya | Hari #10; Cabaran 30 Hari Entry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge