• Putrajaya, Malaysia
  • April 16, 2024

Setiap sesuatu tu pasti ada nama yang mempunyai makna yang tersendiri kan?

myliferia the best shaklee distributor and life website
Keriangan, Kesihatan dan Kebahagiaan Bersama Myliferia.

 

Kenapa Myliferia?

Blog Myliferia lahir pada mulanya kerana saya terlibat dengan Shaklee. Ianya sebagai platform untuk saya berkongsi kebaikan produk ini sekaligus membantu seramai mungkin orang yang mempunyai masalah kesihatan, sekaligus yang ingin mendapat pendapatan sampingan di luar sana.

Selain daripada itu, maklumat yang ingin dikongsi turut merangkumi tentang pelbagai aspek termasuk keibubapaan, kekeluargaan, tips dan pertua, malah perkara-perkara yang agak santai.

Hal ini semua sememangnya berkaitan seluruh kehidupan kita atau “LIFE“.

Dengan berkongsi maklumat dan mengenali individu yang mempunyai nilai diri positif yang sangat tinggi, ia turut sama memberi impak auranya terhadap diri kita. Selain daripada itu, pada diri saya, kepuasan hidup yang sebenar dapat dirasai apabila kita boleh membahagiakan orang lain. 

Caranya terpulang sama ada dengan bantuan material, sokongan moral atau bertukar-tukar info serta pengalaman dan sebagainya. 

Betapa saya sangat teruja setiap kali mendapat feedback positif dari pengguna, hanya Allah yang tahu. Itulah “RIA“, positif dan sihat jasmani, rohani, akal, nafsu, EQ, IQ dan keseluruhannya. Kita memberi tanpa syarat untuk menerima tanpa had.

Hasrat jangka panjang saya ialah Myliferia bakal menjadi brand tersendiri yang berdiri gagah seiring dengan brand-brand tersohor dunia suatu hari nanti, bukan sahaja untuk Shaklee, malah lebih meluas. Saya berharap TARGET BESAR dalam hidup saya tercapai dengan pelaksanaan target-target kecil yang berterusan, ameennn…inshaa Allah.

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

Hari #1: Tentang Diri Saya

Terima kasih 🙂

Pengedar Sah Shaklee Putrajaya dan seluruh Malaysia,

New-Name-Card

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge