• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Rasanya kalau nak bercerita pasal mak ayah, 7 hari 7 malam tak habis lagi pun. Silap haribulan, mau lahir novel bersiri plak…hehehe

Ibu Ayah adalah rahmat kepada anak-anak
Permata Hati Kami Adik-beradik

Ok, saya bercerita pasal arwah ayah (kan dah datang sebak dah) dulu. Arwah ayah saya ni seorang yang tenang, tegas dan sangat penyayang.

Beliau tak perlu cakap banyak, bagi pandangan jer, anak-anak dah faham…hehe. Bila dah besar skit, kita berani lah buat sengeh kerang busuk kalau buat silap.

Kenangan yang saya tak boleh nak lupa tentang beliau, masa tahun 1 saya masuk UTM, Skudai dulu. Pernah sekali saya call (public phone jer…zaman ni handphone pun takde sangat) bertanya khabar.

Dalam borak-borak tu, saya kata rasa nak pakai inai jer. Bukan bersungguh-sungguh pun. Tup-tup tak lama lepas tu, sampai parcel yang ada inai yang siap tumbuk. Ayah tumbuk sendiri inai tu. Mana tak meraung saya tiap kali ingat pasal ni. First time berjauhan.

Kalau dah dekat nak exam tu, mesti nak dengar gak kata nasihat daripada mak dan ayah saya. Walaupun tahu yang nasihat tu hampir sama jer tiap kali call, tapi semacam ada semangat baru yang datang lepas bercakap dengan mereka.

Betapa penyayangnya arwah ayah dan mak saya, teringat saya masa zaman nak balik ke UTM dulu lepas cuti semester. Satu kuali mak dan arwah ayah saya buatkan sambal bilis. Nak buat bekal untuk saya. Kalau air tangan mereka, memang saya akan habiskan jugak. Jadi menu saya dalam seminggu dua tu memang add on sambal ikan bilis lah. Berselera jer makan.

Mak saya pula suka bercerita dan borak-borak dengan kitaorang. Pernah kitaorang masa zaman kegemilangan dulu (masa bujang ler…ekekeke) duk berborak sampai tengah malam. Kadang-kadang sampai pagi buta. Bukan hal orang pun, hal kita-kita jer.

Satu lagi, kalau mak baru lepas dengar ceramah agama ke, motivasi ke, sebelum borak panjang tu, mesti beliau nak share dulu topik yang beliau dengar tadi. Yang ni sampai sekarang pun masih sama. Kalau saya call nak bertanya khabar, kebetulan lepas tengok siaran yang berkenaan, sayalah kene dengar sesi ceramah dan nasihat pendek dulu….hehehe…comel kan???

Dulu masa kecil-kecil, menikus gak dengan ayah, kalau dengan mak, banyak main lagi. Tapi bila dah besar tu, kitaorang rasa more to friendly dengan ayah dan mak.

Ayah suka usik mak, kitaorang yang dah remaja masa tu sama naiklah. Pastu mak yang agak pemalu ni, tersipu-sipu malu. Tapi mak saya peramah dan mudah didekati tau. Biasanya kiaorang suka tanya kisah-kisah zaman muda mak dan ayah. Buat modal nak usik mak sekali. Tersenyum sorang-sorang teringat suasana tu.

Kitaorang dulu kalau mengaji dengan arwah ayah memang kecut perut. Rotan tak tinggal. Tapi yang selalu kene rotan, lantailah…hahaha. Hasilnya, Alhamdulillah, celik al-Quran kitaorang adik beradik walaupun masih banyak lagi perlu belajar.

Apa yang amat mengagumkan tentang ayah saya, beliau memang seorang yang serba boleh. Dari kerja kayu, kerja elektrik, bercucuk tanam dan pengurusan memang beliau sangat bagus walaupun bukan tahap pakarlah. Rosak apa-apa kat rumah ni, beliaulah yang tukang baiki.

Sehinggakan katil budak yang beliau buat untuk kitaorang adik time kecil-kecil dulu, masih boleh guna sehingga cucu beliau. Dua generasi tu. Bukan setakat budak, mak budak pun boleh duduk sekali dalam katil tu.

Kalau mak, bab masak tu, suami selalu puji. Beliau kata, masakan mak saya dan mak beliau sama-sama sedap. Ringan jer mulut nak tanya masakan saya macam mana? hehehe… Sampai sekarang, tiap kali balik kampung, mesti ada bekal lauk nak balik Putrajaya. (^_^)

Sesungguhnya pada saya, arwah ayah dan mak saya adalah insan terhebat yang pernah saya kenal. Saya sentiasa rindu dengan nasihat arwah ayah saya sehingga sekarang. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ayahanda saya yang tercinta dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh. Juga semoga Allah merahmati kedua ibu bapa saya termasuk mertua. Ameeennn….

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Terima kasih :)

Pengedar Sah Shaklee Putrajaya dan seluruh Malaysia,

New-Name-Card

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge