• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Pejam celik, pejam celik, sudah 3 hari rupanya berlangsung Cabaran 30 Hari Entry ni. Macam-macam perasaan berbaur, cemas takut tak dapat buatlah, excited nak siapkan entrilah, mencicit-cicit nak handle anak-anak, rumah dan lain-lain hallah, tapi yang pasti, terasa seronok plak 🙂

Kali ini adalah berhubung Percutian Keluarga. Saya yakin ramai yang mempunyai pengalaman bercuti bersama-sama keluarga tidak kira sama ada di dalam atau di luar negara. Tentu best kan?

Kitaorang in shaa Allah memang akan pergi bercuti sebulan sekali. Nak tahu ke mana? Destinasinya ialah kampung kamilah. Oppss, jangan buat muka pelik ye…hehehe…sebabnya saya ada alasan tersendiri kenapa saya cakap macam tu.

Balik kampung
Menikmati permandangan yang indah dalam perjalanan

Alhamdulillah, sebelum saya dan suami berkahwin, suami telah diarahkan bertugas ke luar negara. Maka, perkahwinan kami dipercepatkan agar saya pun boleh join skali Incik Hubby ke sana. 🙂 Kalau biar lama-lama, nanti diambil orang plak. Sape tu, sayalah…hahahaha….bajet glamer lah konon….iklan jer ni 😛

Kami berlepas ke bumi Uncle Sam pada 28 Mei 2008. Memang tak terjangkau dek akal yang saya akan menjejakkan kaki di negara 4 musim. Macam-macam perasaan berbaur, sedih, gembira, sayu, teruja, pilu, cemas, tertanya-tanya dan sebagainya. Segalanya berselang-seli di jiwa.

Di sana kami menetap di Vienna, Virginia. Alhamdulillah, kawasan yang agak damai dan selesa. Kejiranan pun ok, ramai diplomat dan foreigner yang berjiran dengan kami. Kami di Amerika selama lebih kurang 3 1/2 tahun.

Macam-macam pengalaman yang kami timba. Memulakan kehidupan berumahtangga tanpa keluarga di sisi agak mencabar. Hanya tawakkal dan doa yang mengiringi kami.

Apa yang agak menduga jiwa saya ialah pemergian ayahanda tercinta selepas hampir 2 minggu pulang daripada mengerjakan Haji tidak dapat saya ada di sisi. Walaupun kami mengambil tiket paling awal, namun, atas dasar jarak perjalanan yang panjang, sempat saya sampai di Malaysia pada subuh ke-3 pemergian ayahanda.

Balik kampung
BBQ antara acara hampir wajib kalau kebetulan ramai berkumpul

Saya redha dan perkara ini dah diingatkan awal-awal oleh suami. Kata beliau, hidup merantau ni mind set kene kuat. Apa yang paling saya bersyukur, impian ayahanda saya untuk mengerjakan Haji dimakbulkan Allah.

Kami pulang kembali ke bumi bertuah, Malaysia tercinta ini pada 3 Disember 2011.

Kami beruntung kebetulan satu kampung. Tak perlu perang saraf kalau nak balik raya…hehe. Jadi kami menggunakan peluang yang ada untuk menziarahi keluarga terutama ma, mak dan ayah kami. Kadang-kadang walaupun hanya cuti hujung minggu, kami tetap pulang. Jadi, memang tak sempat puas nak bercuti.

Jarak perjalanan di antara Putrajaya-Kemaman lebih kurang 4-5 jam. Walaupun ada masanya terasa penat, tapi kepuasan tu memang tidak dapat digambarkan.

Kalau ada rezeki, in shaa Allah saya kongsikan pengalaman di luar negara serta percutian dalam negara nanti 🙂

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Terima kasih 🙂

Pengedar Sah Shaklee Putrajaya dan seluruh Malaysia,

New-Name-Card

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge