• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Sebut pasal takut ni, kalau zaman kanak-kanak Ribena dulu, mestilah takut hantu, takut tempat gelap, takut kene tinggal, takut duduk sorang-sorang dan macam-macam lagi. Mesti ramai pun macam ni kan kan? hehehe

 

scared face

Bila dah menginjak remaja ni, ada jugak takut perkara-perkara seram terutama kalau selepas dengar cerita yang meremangkan bulu tengkuk. Biasanya kalau zaman universiti duu-dulu, cerita seram yang pelbagai versi selalunya muncul sewaktu menjelang final exam. Mungkin jugak hasil tindakan hormon stress nak exam kot?

Saya ni sebenarnya takdelah tahap berani yang terlampau. Tapi kalau malam-malam masa belajar dulu, biasalah jalan sorang-sorang lalu dekat padang dari blok kawan balik ke blok sendiri. Pergi toilet sengsorang pun ok, takde masalah. Asal jangan orang cerita pelik-pelik…hihihi

Selalunya saya memang mengelak dari dengar cerita-cerita seram kalau waktu-waktu kritikal macam tu. Kalau tak, satu kerja pun tak jalan.

Dalam menjalani hidup dewasa ni (walaupun perasan masih muda belia…hahaha), saya ada juga datang rasa takut kalau kehilangan orang tersayang. Dulu kalau suami tanya, macam mana kalau dia meninggal dulu. Saya cakap tak mahu, nak mati sama-sama (hehehe….macam skrip filem plak).

Tapi sebagai manusia yang berpegang kepada Rukun Iman, percaya kepada Qada’ dan Qadar adalah wajib bagi kita. Ajal, maut, jodoh pertemuan adalah di dalam ilmu Allah. Jadi kita perlu redha dengan segala ketentuan-Nya. Hanya berdoa agar dikurniakan yang terbaik dunia dan akhirat.

Berbalik kepada hal takut tadi, kadang-kadang terlintas juga macam manalah kehidupan anak cucu, zuriat saya di masa akan datang. Dengan dunia yang semakin mencabar ni, timbul juga ketakutan dan kebimbangan dengan anasir-anasir negatif yang sentiasa mencari peluang untuk menyapa.

Namun, sekali lagi saya menggunakan kuasa doa ibu yang telah Allah janjikan, semoga keturunan kami dan diri serta keluarga dilindungi-Nya, berada di landasan iman serta ketakwaan kepada Allah Yang Maha Esa.

 

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

 

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya

Hari #12: Kereta Idamanku

 Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan

 Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya

Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live

Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui

Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini

Hari #18: Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya

 

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

 

Terima kasih 🙂

 

Shaklee Independent Distributor

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge