• Putrajaya, Malaysia
  • March 28, 2024

Pejam celik pejam celik, dah masuk entri ke 23 dah pun. Lagi 7 entri untuk melengkapkan Cabaran 30 Hari Entri ni. Selagi tak habis lagi, tak senang duduk kita dibuatnya…hahahaha

 

Entri kalini berkisar tentang 5 Insan Terpenting Kepada Saya. Kalau ikut rasa hati, semua orang penting. Tapi memandangkan diminta untuk menyenaraikan 5 orang sahaja, saya hanya mengikut arahan šŸ˜›

 

loving couple, happy family,pasangan bahagia

Suami

Bagi seorang wanita yang telah berumahtangga, suami menjadi pintu syurga bagi mereke. Ini kerana, keredhaan Allah Taala terletak atau bergantung kepada keredhaan seorang suami.

 

Suami saya banyak memberi tunjuk ajar tentang kehidupan dan perkara-perkara berkaitan agama, cara berhadapan dengan cabaran, berkongsi rasa dalam menjalani kehidupan seharian serta menjadi orang penting yang sentiasa menyokong saya. Beliau juga lebih memahami kerenah diri saya serta sentiasa sabar dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

 

Ibu

Bonda saya ni saya panggil ma. Panggilan untuk ibu yang agak famous di negeri Terengganu ni. Ibu saya ni seorang yang sangat penyabar dan taat kepada suami.

 

Tak dapat saya bayangkan bagaimana ibu menjaga kami semua ni sewaktu kecil dulu yang kebanyakannya selang dua tahun seorang. Saya yang baru anak dua orang nipun dah rasa tak terkejar….huhuhu

 

Keakraban saya dengan ibu saya ni semakin erat sejak saya merantau jauh ke luar negara. Hampir setiap hari saya akan berhubung dengan ibu saya melalui Skype. Sampai sekarang ni pun, walaupun dah kembali ke Malaysia, kami sering berhubung melalui telefon. Tadi pun sampai dua kali bertelefon…..hehe

 

Bapa

Arwah bapa saya ialah lelaki pertama yang sangat saya kagumi dan rindui. Bapa saya merupakan seorang yang serdahana, penyayang dan tegas. Kebolehan beliau serba-sedikitĀ  dalam tiap-tiap perkara amat mengkagumkan.

 

Bapa saya juga seorang yang sabar, tabah dan berjiwa kental. Pengalaman hidup beliau banyak mencorak peribadi dan sahsiah diri. Kalau boleh, sebelum kahwin dulu, nak jer suami macam bapa saya sendiri…..hehe… Tapi setiap manusia ni kan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

 

anak permata hati

 

Anak-anak

Alhamdulillah, kami telah dikurniakan dengan dua orang putera yang sangat cergas, cerdas, sihat, comel dan membahagiakan.

 

Permata hati amanah Allah ini sememangnya sangat penting bagi saya. Saya doakan mereka terus sihat berkembang menjadi insan yang dirahmati dan dilindungi Allah dalam meniti kehidupan di dunia, menuju ke akhirat. Semoga kami juga sentiasa diberi petunjuk untuk membimbing mereka ke jalan yang redhai-Nya.

 

Keluarga

Keluarga turut menjadi tulang belakang dalam kehidupan saya. Seronok sangat kalau dapat berkumpul ramai-ramai. Masa ni macam-macam cerita akan keluar.

 

Paling seronok ialah mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dahulu. Sudahnya, cerita yang dah lama tersimpan, akhirnya terbongkar satu per satu. Tiada lagi rahsia šŸ™‚

 

Mereka semua ini adalah Anugerah Yang Tidak Ternilai buat saya. Menjadi nikmat dunia pinjaman Yang Maha Esa.

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

 

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya

Hari #12: Kereta Idamanku

Ā Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan

Ā Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya

Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live

Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui

Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini

Hari #18: Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya

Hari #19: Perkara Yang Membuatkan Saya Takut

Ā Hari #20: Perkara Yang Membuatkan Saya Tercabar

Hari #21: Binatang Kesukaan Saya

Hari #22: Pakar Motivasi Kegemaran Saya

 

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

 

Terima kasih šŸ™‚

 

Naimah Wahab

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “5 Insan Terpenting Kepada Saya | Hari #23; Cabaran 30 Hari Entry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge