• Putrajaya, Malaysia
  • March 28, 2024

“Tahniah, puan disahkan hamil 3 minggu”. Ingat tak perasaan anda sewaktu pertama kali dengar ucapan tersebut daripada doktor? Mesti teruja kan? Tambah-tambah lagi kalau tu kehamilan pertama atau perkara yang telah lama dinantikan.

 

set hamil,pregnant

Belum habis rasa teruja, kene fikirkan tentang keperluan vitamin dan nutrisi ibu dan bayi sewaktu hamil. Kalau perasan, doktor mesti bekalkan supplement yang terdiri daripada Asid Folik, Vitamin C, Iron dan Kalsium kan? Setiap kali check up, mesti doktor tanya sama ada vitamin masih ada ke dah habis.

 

Sebenarnya memang penting sangat keperluan vitamin sewaktu mengandung ni. Sekiranya anda mencari alternatif kepada vitamin hamil yang semulajadi, bukan sintetik, bebas bahan kimia atau dadah, Shaklee ada menawarkan Set Hamil yang lengkap untuk anda.

 

1. ESP (Energizing Soy Protein)

ESP merupakan sumber protein terbaik yang tulen, bebas lemak dan kolestrol.

ESP sangat penting untuk mengelakkan berlakunya pre-eclampsia (darah tinggi semasa hamil) terutama kepada ibu hamil yang mempunyai history penyakit tersebut. Pre-eclampsia biasanya dikesan sewaktu akhir kehamilan.

Selain itu, dengan indeks Glisemik yang rendah, ESP dapat membantu mengawal atau mencegah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau diabetes sewaktu hamil.

Rujuk artikel daripada UMass Medical School:

GDM-Gestational Diabetes Mellitus-Diabetes Semasa Hamil

ESP juga penting bagi mengelakkan risiko anak cacat pancaindera atau organ. Ini kerana protein merupakan asas pembinaan sel. Proses yang berlaku:- Sel > Tisu > Organ ) Sistem > Tubuh.

Dengan itu, ia turut bantu mengelakkan jantung berlubang. Pembentukan jantung yang sempurna amat penting kerana jantung berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh.

 

2. Ostematrix

Ostematrix merupakan sumber kalsium utama untuk tubuh. Bagi anda yang tidak minum susu atau kurang mengambil sayur-sayuran, Ostematrix boleh menjadi penggantinya.

Ostematrix membantu menghilangkan lenguh-lenguh dan rasa kebas serta sakit badan, belakang dan pinggang ibu hamil.

Ostematrix dilengkapi agen penyerap Kalsium iaitu Magnesium dan Vitamin D yang turut berfungsi membantu mengelakkan sembelit serta memberi tidur lena yang berkualiti.

Selain daripada itu, risiko tumpah darah selepas kelahiran turut dapat dielakkan.

Ostematrix juga turut membantu pembentukan darah dan sistem kardiovaskular bayi.

 

3. B-Complex

B-Complex Shaklee didatangkan dengan lengkap dari unsur B1 sehingga B12.

B9 atau lebih dikenali sebagai Asid Folik (Folic Asid/Folate) sangat penting bagi mengelakkan kecacatan tulang belakang (spina bifida) pada bayi. Justeru itu, sangat disarankan pengambilannya pada trimester pertama kerana berlaku pembentukan tulang belakang bayi sewaktu ini.

B6 dan B12 pula membantu melegakan loya-loya atau morning sickness ibu mengandung.

B-Complex juga menjadi agen anti-stress, jadi boleh membantu menyeimbangkan emosi ibu hamil yang mungkin mudah bertukar akibat perubahan hormon.

 

4. VitaLea

VitaLea pula merupakan iron-formulated supplement. Iron (Zat Besi) merupakan item yang sangat penting bagi ibu hamil untuk meningkatkan bacaan hemoglobin (HB). HB yang tinggi membantu mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. HB rendah menjadikan ibu cepat letih dan lesu.

Secara tidak langsung VitaLea juga terkenal sebagai Energy Booster.

 

5. Vitamin C

Vitamin C penting dalam meningkatkan imun sistem ibu. Ibu yang sihat pasti dapat melalui pengalaman mengandung dengan lebih tenang dan gembira serta mempengaruhi kesihatan bayi.

Bagi bayi pula, Vitamin C membantu penghasilan kolagen yang sangat penting dalam pembentukan tulang rawan, otot dan sendi yang kuat.

Selain itu, ia turut membantu penghasilan kulit, gusi dan tendon yang sempurna.

 

6. Omega Guard

Omega Guard yang kaya dengan kandungan DHA & EPA yang tinggi ini sangat membantu perkembangan otak, visual serta responsif (tindak balas) lebih pantas kepada bayi.

Omega Guard juga turut membantu mengelakkan bayi mewarisi penyakit alahan (elergik) orang tuanya seperti eczema.

Kandungan asid lemak-3 pula membantu melembutkan vagina (laluan bayi) sewaktu proses kelahiran.

 

7. Alfafa

Alfafa ni sangat membantu mengelakkan juandice (demam kuning) pada bayi selepas kelahiran. Pengambilan Alfafa hanya disarankan sebiji sehari bermula minggu ke-32 kehamilan (8 bulan).

Alfafa turut membantu blood clot (pembekuan darah) bagi mengelakkan risiko tumpah darah selepas bersalin.

Pengambilan di awal kehamilan tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan induce contraction (kelahiran awal/keguguran) pada kandungan.

 

Optional bagi ibu hamil ialah Ginger Peppermint Plus bagi melegakan rasa loya (morning sickness) semasa kehamilan.

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Hamil Shaklee yang ternyata berkesan, selamat, 100% semulajadi dan mesra alam ini, boleh contact saya ye.

 

Terima kasih 🙂

 

Shaklee Independent Distributor

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

3 thoughts on “Vitamin Penting Semasa Hamil

    1. Memang makanan masam-masam selalunya digunakan untuk hilangkan loya awal kandungan.

      Namun memilih buah-buahan asli seperti mangga, limau atau hisap suplemen semulajadi yang masam manis seperti chew vitamin c adalah lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge