• Putrajaya, Malaysia
  • April 26, 2024

Saya ni sebagaimana yang pernah saya maklumkan dalam entri dulu tu, Mengapa Shaklee Menjadi Pilihan Hatiku, memang dah kenal lama dengan nama Shaklee ni, tapi bagai di angin lalu jer gitu…hehehe

 

join Shaklee

 

Lebih kurang tahun 2005/2006, gitu, adik saya pernah mendaftar sebagai pengedar Shaklee. Tu pasal saya dah tahu yang Shaklee ni lama dah ade kat Malaysia ni. Masa tu beliau dengan kawan baik beliau sama-sama menjadi pengedar.

 

Malangnya beliau tak dapat nak teruskan perniagaan tersebut akibat kekangan modal, kurang coaching serta teknik pemasaran yang kurang friendly.

 

Diaorang diminta oleh upline diaorang untuk beli barang terlebih dahulu. Lepas tu, masa nak kasi talk, kumpulkan sedara mara, sahabat dan orang kampung. Jadi perkara ni semua buat bisnes diaorang kurang memberangsangkan.

 

Bayangkan, walaupun harga produk Shaklee ni dikira mampu milik, sangat berbaloi dengan outcome yang ditawarkan, tapi kalau kita jual pada sasaran pembeli yang kurang tepat, maka hasilnya pun kuranglah.

 

Yelah kan, orang kampung mana nak ambil peduli sangat pasal supplement ni kan? Melainkan betul-betul sakit. Itu pun masih mencari vitamin yang lebih murah kerana mereka kurang berkemampuan.

 

Nah sekarang, kenapa saya nak jadi pengedar Shaklee pulak?

 

Sebenarnya, lepas saya bermesej dengan super upline saya, persepsi tentang Shaklee terus berubah. Teringat plak dialog-dialog awal dulu. “Along, Shaklee ni boleh buat dropship tak”, saya bertanya. “Eh, memang dropship pun”. “Haaaaa????” Melopong saya. Kenapa la selama ni saya tak tahu? huhuhu

 

Sememangnya kalau saya nak buat side business, saya nak cari yang memang tak perlu keluar rumah memandangkan saya takde kenderaan waktu tu. Lagipun, dengan adanya baby, kesian pulak kat baby nak angkut ke hulu ke hilir, berpanas, berhujan kan?

 

Tak puas hati lagi, saya tanya Along Lyna lagi. “Along, kalau join ahli ni akan menyusahkan downline or upline tak kalau kita tak perform?”. Saya jenis tak suka orang tanggung akibat daripada kesilapan kita, jadi tanya siap-siap….hehehe
Along jawab “Tak susah siapa-siapa pun”.

 

Pastu, terus jer saya register dan masuk ke group bisnes. Sekali, fuhhhh, melopong dan terbelalak bijik mata bila dah masuk lepas satu, satu group. Dari tips bisnes, technical support sehinggalah ke amalan rohani. Sangat memberi inspirasi.

 

Sekarang ni mudah, segala di hujung jari. Tak perlu jumpa customer, jumpa upline dan downline pun tak payah. Pasaran internet pun sangat meluas. Menjangkau ke seluruh dunia.

 

Satu lagi Shaklee ni tersangatlah adil apabila ganjaran yang dapat adalah setimpal yang kita usahakan. Buktinya dah ramai kes downline yang baru daftar tapi terus lompat rank upline sebab diaorang lagi perform. Sangatlah berbeza dengan sistem piramid.

 

join-sertai Shaklee

Alhamdulillah, walaupun saya kira macam lambat jugalah join member Shaklee ni, saya tak rasa menyesal kerana telah ditakdirkan berada di dalam group yang super duper fantastic ini.

 

Kalau ditakdirkan saya dah join dulu, tak tahulah nasib saya camana. Apa-apa pun, saya sedang berusaha untuk mempraktikkan ilmu dan pengalaman daripada mereka yang dah berjaya.

 

Banyak sangat faedah kalau join. Nanti saya kongsikan di dalam entri yang akan datang.

 

Boleh ajer daftar ahli secara online atau secara percuma.

 

Kalau anda berminat nak join Shaklee tak kira untuk bisnes or makan sendiri, jangan segan-segan nak hubungi saya tau.

 

Terima kasih 🙂

 

Shaklee Independent Distributor

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “Cerita Kisah Saya Menjadi Ahli Shaklee

    1. Jommm kita, xperlu tunggu free sbb Shaklee ni biz yg automated n dropship gitu. Org order siang, mlm kita blh purchase sbb online, jadi 24 hrs.

      Lagipun kumpulan biz kami ni snts menyokong ant satu sama lain. Ramai jer yg berkerjaya best2, anak 3-4 org or lebih, takde maid, dah master pun 🙂

      Kalau berminat sy boleh tunjukkan tips & tricks dia 🙂
      Naimah Wahab recently posted…Mudahnya Bisnes Dengan Webinar Dan WebforumMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge