• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Baru entri ke-24 kita. šŸ˜› Entri kali ini adalah berkenaan Cara Terbaik Habiskan Masa Lapang. Selalunya masa lapang sering diisi dengan hobi atau perkara yang disukai., kan?

 

hobby

 

Masing-masing ada cara yang tersendiri memenuhi masa lapang mereka. Ada yang gemar membaca, mengumpul barang antik, menambah koleksi setem, berkebun dan sebagainya.

 

the best hobbyDulu saya suka mengumpul resipi, walupun, jarang memasak. Maklumlah, zaman bujang, tahu-tahu semua hidangan dah tersedia…hehehe

 

Salah satu hobi saya yang masih diteruskan dan jarang diketahui ramai ialah belajar menghasilkan haiku dan tanka. Bukan bermakna saya mengabaikan puisi Melayu, sekadar menerokai dunia puisi baru.

 

haiku puisi jepun

 

Haiku dan tanka ni merupakan puisi Jepun yang mempunyai disiplin-disiplin tertentu. Puisi ini agak berbeza dengan puisi Melayu. Sebagai contoh, haiku biasanya dihasilkan dalam 3 baris, baris 1 dan 3 mempunyai 5 suku kata, manakala baris 2 pula mempunyai 7 sukukata.

 

Cabaran menghasilkan haiku terletak kepada unsur alam yang perlu dimasukkan serta bagaimana menyesuaikan metafora yang ada.

 

tanka puisi jepun

 

Tanka pula merupakan karya yang sedikit santai berbanding haiku. Tanka mempunyai 5 baris ayat. Baris 1 dan 3 mempunyai 5 suku kata manakala baris 2, 4 dan 5 mempunyai 7 suku kata.

 

Walaupun tanka lebih kepada perasaan, namun cabarannya timbul apabila kita perlu memasukkan ayat pemutar untuk mengaitkan 3 baris pertama dan 2 baris terakhir. Tanka juga dapat dihasilkan dengan menggabungkan haiku 3 baris tadi dengan 2 baris akhir ayat penyudah.

 

Tiba-tiba plak naik semangat bercerita pasal haiku dan tanka ni…hehehehe

 

Sebenarnya kita boleh tenggelam dalam dunia karya Jepun ni tau. Terasa bagai haiku dan tanka ada di mana-mana. Mungkin akan datang saya boleh bercerita panjang lagi berkenaan karya dari negara matahari terbit ini

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

 

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya

Hari #12: Kereta Idamanku

Ā Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan

Ā Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya

Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live

Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui

Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini

Hari #18: Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya

Hari #19: Perkara Yang Membuatkan Saya Takut

Ā Hari #20: Perkara Yang Membuatkan Saya Tercabar

Hari #21: Binatang Kesukaan Saya

Hari #22: Pakar Motivasi Kegemaran Saya

Hari 23: 5 Insan Terpenting Kepada Saya

 

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

 

Terima kasih šŸ™‚

 

Naimah Wahab

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

6 thoughts on “Cara Terbaik Habiskan Masa Lapang | Hari #24; Cabaran 30 Hari Entry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge