• Putrajaya, Malaysia
  • March 28, 2024

Kategori Migrain

 

Migrain dan sakit kepala adalah perkara yang sering dialami oleh orang dewasa. Secara umumnya sakit kepala terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu:

 

migraine-migrain,headache,sakit kepala

#1: Sakit Kepala Akibat Tekanan (Stress)

 

Biasanya melibatkan tekanan fizikal atau mental akibat faktor luaran atau dalaman. Terlalu memikirkan masalah yang dihadapi, terlampau sedih atas kehilangan, perubahan suhu mendadak seperti daripada tempat yang sangat sejuk yang mempunyai aircond ke kawasan luar yang sangat panas boleh menjadi punca sakit kepala.

 

#2: Sakit Kepala Akibat Sinus

 

Sakit kepala juga sering dialami oleh mereka yang mempunyai masalah resdung akibat keradangan sinus tersebut.

 

#3: Sakit Kepala Akibat Migrain.

 

Sebahagian besar mereka yang mengidap sakit kepala adalah disebabkan oleh migrain.

  punca migrain

 

Punca & Penyebab Sakit Kepala

 

1: Alahan atau tindak balas terhadap alahan

2: Lampu yang terlampau terang, bunyi bising, sesetengah bau tertentu atau minyak wangi

3: Tekanan fizikal atau mental

4: Perubahan dalam corak tidur atau tidur yang tidak teratur

5: Merokok atau terdedah kepada asap

6: Tidak makan atau membiarkan perut kosong terlalu lama

7: Alkohol

8: Perubahan kitaran haid, pil perancang, perubahan hormon sewaktu permulaan putus haid (menopause)

9: Ketegangan sakit kepala

10: Makanan yang mengandungi tyramine (wain merah, keju matang – aged cheese, ikan salai, hati ayam, buah ara – figs, sesetengah bijian), monosodium glutamat – MSG, atau nitrat (seperti bacon, hotdog dan salami).

Makanan lain seperti coklat , kacang , mentega kacang, avokado , pisang , limau, bawang , produk tenusu, dan makanan yang diperam atau jeruk juga boleh menjadi punca migrain.

11: Faktor keturunan

12: Kesan pengambilan ubat-ubatan

13: Terlalu banyak mengambil kafein

14: Kekurangan zat dan nutrisi

15: Terhidrasi

simptom migrain

 

Cara Tangani Migrain

 

1: Elakkkan punca penyebab migrain seperti rokok, cahaya yang terlalu kuat, punca alahan

2: Minum banyak air masak – 3 Liter sehari

3: Makan dengan teratur, setiap 4 jam dan tidak membiarkan perut kosong melebihi 12 jam.

4: Tidur yang teratur dan mencukupi

5: Kawal atau elakkan pengambilan kafein.

6: Elakkan pengambilan alkohol

7: Elakkan pengambilan bahan tambahan seperti MSG, nitrat, pewarna atau penstabil tambahan.

8: Tingkatkan kadar serotonin dengan pengambilan makanan kaya protein seperti ayam, telur, produk susu, pisang, kurma, gandum, nasi, kacang-kacangan dan biji-bijian.

 

Supplement Untuk Migrain

 

#1: ESP

ESP dapat membantu mencegah sekaligus mengurangkan gejala migrain kerana mengandungi komponen Vitamin B daripada Vitamin B Complex iaitu Ribofavin (Vitamin B2) dan Vitamin B6 (Pyridoxine), mineral dan asid lemak.

Bagi pengamal ESP, jangan lupa untuk mencuba Resipi ESP Shaklee.

Boleh juga membaca  entri tentang Kebaikan ESP Shaklee.

 

#2: B complex

Vitamin B Complex yang mengandungi Vitamin B2 (Riboflavin) dan B6 (Pyridoxine) telah terbukti dapat membantu mengurangkan dan mencegah sakit kepala akibat migrain. Vitamin B Complex yang berfungsi merangsang hormon serotonin (hormon gembira), juga membantu pengidap migrain terutamanya yang mendapat gejala tersebut akibat stress.

 

3: Ostematrix

Ostematrix mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D. Magnesium berfungsi mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang yang dipercayai merupakan punca berlakunya migrain. Sebab tu, kalau anda mengalami tegang urat atau otot, sakit-sakit atau lenguh-lenguh tubuh, anda sangat disarankan mengambil Ostematrix.

 

Apa yang paling penting, kenali punca migrain terlebih dahulu akan membantu anda mengurangkan sekaligus mencegah migrain anda.

 

Pilih hidup yang lebih berkualiti tanpa migrain. 🙂

 

Jom try produk yang semulajadi, berkesan, selamat dan mesra alam ini.

 

Terima kasih :)

 

Shaklee Independent Distributor

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

16 thoughts on “Punca Dan Cara Tangani Migrain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge