• Putrajaya, Malaysia
  • March 29, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Kali ini saya nak bercerita tentang perbezaan yang dibawa oleh Shaklee dengan produk yang lain. Saya tak maksudkan yang produk lain tidak bagus tau. Saya hanya menyatakan dari sudut kelebihan produk Shaklee sahaja sebab saya ni kan salah seorang pengedar dan usahawan Shaklee. Apa yang saya coretan di bawah ini diambil daripada Buku Panduan Produk Shaklee.

 

Buku Panduan Produk Shaklee

 

Perbezaan Shaklee

 

Di Shaklee kami percaya alam semulajadi merupakan jawapan untuk hidup yang lebih sihat dan jangka hayat lebih panjang.  Justeru,  kami gigh berusaha untuk memberikan produk terbaik bagi meningkatkan taraf hidup anda. Bahkan, anda juga perlu tahu yang kami amat teliti dalam menjamin kualiti dan mutu keberkesanan bagi setiap produk.

 

Sentiasa Selamat

 

Keselamatan amat penting di Shaklee dan standard kami tiada bandingannya. Kami menjalankan lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya, dan kami menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar.

 

Sentiasa Berkesan

 

Kami bertanggungjawab dalam memberikan produk yang berkesan.  Ia terbukti berkesan daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat lebih daripada 100 bahan kajian penerbitan.

Kajian yang dijalankan  pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee selama lebih daripada 20  tahun mempunyai kesihatan yang  lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.

Bukan itu sahaja, malah bukti jelas yang lebih besar boleh dilihat daripada penjelajah bertaraf dunia, atlet yang telah diberi dengan suplemen Shaklee yang telah memenangi lebih daripada 100 medal emas, perak dan gangsa; dan juga berjuta-juta insan sama seperti anda yang telah hidup lebih sihat dan lebih produktif dengan kehadiran Shaklee.

 

Sentiasa Mesra Alam

 

Selama lebih daripada 55 tahun kami telah menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar, daripada mencipta satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau kami. Kami bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah anda juga bumi anda.

 

Tingkatkan Kesihatan Anda

 

Pilihan yang kita buat hari demi hari merupakan peranan yang penting dalam membentuk kesihatan akan datang. Kajian saintifik mengesahkan yang mengawal berat badan, makan secara seimbang dan sihat, pengambilan suplemen yang baik dan kurang terdedah kepada bahan kimia serta toksin di rumah dapat mengurangkan risiko kesihatan di masa depan.

Shaklee adalah pilihan semulajadi yang selamat, produk yang terbukti berkesan untuk membantu mencipta masa depan yang lebih sihat untuk diri anda juga bumi ini.

 

*Jaminan Keberkesanan Mutu dan Kualiti Produk. Setiap produk kami sama ada bahan-bahannya, ketulenan, keselamatan dan keberkesanan pada setiap produk Nutrisi , pencuci rumah dan produk penjagaan kecantikan peribadi adalah dijamin 100% selamat dan semulajadi.

 

Nah, inilah jawapannya kenapa saya dah jatuh hati dengan Shaklee. Apabila kita kenal bahan atau produk yang selamat, berkesan, semulajadi dan mesra alam, jadi kita tak perlu berasa ragu-ragu untuk berkongsi kebaikannya dengan orang tersayang kan? Tidak kiralah sahabat-handai atau sanak-saudara.

 

Kalau anda berminat nak join saya, jangan segan-segan bagitau yer.

Boleh baca entri tentang Kisah Saya Menjadi Ahli Shaklee. Ingat balik, macam lawak lah pulak…hehehe

 

Boleh ajer daftar ahli secara online atau secara percuma.

 

Pastikan anda mendapatkan produk Shaklee dengan pengedar yang betul-betul boleh membantu anda dari segi cara pemakanan yang betul, pantang-larang pengambilan vitamin serta sebarang healing crisis yang timbul. Jangan pula nanti anda ingat anda ada penyakit baharu, padahal itu adalah petanda untuk penyembuhan.

 

Khas buat customer saya, konsultasi istimewa buat anda adalah sepanjang hayat. 🙂

 

Terima kasih :)

 

Shaklee Independent Distributor

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Perbezaan Shaklee Rahsia Magnet Pilihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge