• Putrajaya, Malaysia
  • April 18, 2024

Walaupun berat badan yang berlebihan kebanyakkannya berpunca daripada diet yang tidak sihat serta kurang atau tidak bersenam, namun kadar metabolisma yang perlahan turut menjadi penyumbang kepada masalah ini.

 

metabolisma

Metabolisma ialah satu proses badan anda menukarkan makanan dan minuman kepada tenaga. Walaupun anda sedang berehat sekalipun, badan anda tetap memerlukan tenaga untuk kelangsungan fungsi-fungsinya seperti pernafasan, pengaliran darah dan membaik pulih sel.

Jumlah penggunaan kalori oleh badan untuk semua fungsi asas ini dikenali sebagai Basal Metabolic Rate (BMR).

 

Tapi sebelum tu, jom ikuti video best daripada ibu muda yni yang pernah turun berat badan sebanyak 20 KG.

 

Beberapa Faktor Penentu kepada Basal Metabolic Rate (BMR)

1) Komposisi dan saiz badan

Sekiranya anda lebih berat atau mempunyai lebih jisim otot, badan anda akan membakar lebih kalori, walaupun sedang berehat. Jadi, orang yang lebih berat sepatutnya mempunyai kadar metabolisma yang lebih tinggi.

Dengan kata lain, berat jisim otot, bukannya berat lemak.

 

2) Jantina

Golongan lelaki selalunya kurang mempunyai lemak badan tetapi mempunyai lebih jisim otot berbanding golongan wanita pada usia yang sama. Jadi, lelaki lebih tinggi kadar pembakaran kalori dalam badan.

 

3) Umur

Apabila umur semakin meningkat/tua, jisim otot akan akan mula menjadi lemah, mengendur dan menurun. Maka, proses pembakaran kalori pula menjadi semakin perlahan.

Berbanding metabolisma yang perlahan, faktor utama lain yang menyumbang kepada pertambahan berat badan termasuklah:-

  • Mengambil terlalu banyak kalori
  • Kurang/tidak melakukan senaman
  • Genetik dan sejarah keluarga
  • Sesetengah Ubat
  • Tabiat yang tidak sihat seperti tidak mengambil sarapan atau tidur yang tidak mencukupi.

Sekiranya anda merasakan masalah berat badan anda masih disebabkan oleh kadar metabolisma yang perlahan, rujuklah kepada doktor anda untuk sebarang perubahan dari segi amalan kesihatan yang perlu dilakukan.

Selain daripada itu, doktor juga boleh memeriksa kondisi metabolisma yang mungkin mempunyai masalah yang jarang berlaku seperti hypothyroidism dan Cushing’s syndrome.

Selain Set Kurus Shaklee yang lengkap, pegambilan bersama Cinch Tea dan B-Complex mampu membantu mempertingkatkan kadar metabolisma badan anda. Semakin tinggi kadar metabolisma, maka semakin banyak kalori dapat dibakar. Seterusnya, semakin cepat anda menjadi semakin kurus.

 

Nak Tahu Sharing Lain Tentang Keberkesanan Shaklee Terhadap Tahap Kesihatan?

Video Testimoni Wajib Tengok, Luahan Daripada Hati Yang Paling Dalam. Semuanya ringkas, padat dan menarik 🙂

 

SHARING Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

0 thoughts on “Hubung-kait Metabolisma dan Pembakaran Kalori

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge