• Putrajaya, Malaysia
  • April 29, 2024

Selalu sangat kita dengar yang “merokok membahayakan kesihatan”. Lebih malang lagi, asap rokok yang dihembuskan tu sangat berbahaya terhadap anak, isteri, ahli keluarga, malah orang di sekeliling perokok tersebut. Tapi macam takde maknanya semua ni kepada para perokok tegar.

 

cara atasi ketagihan merokok

Kandungan asap rokok terdiri daripada pelbagai jenis bahan beracun dan yang paling utamanya ialah Tar, Nikotin serta Karbon Monoksida. Gabungan segala macam bahan berbahaya ini boleh memudaratkan kesihatan, malah boleh membawa maut.

Sebenarnya, perokok tu bolehlah dikategorikan sebagai orang yang menempah kubur sendiri. Yelah kan, setiap hisapan asap tu merupakan hisapan maut. Tapi sangat kasihan apabila ianya turut memudaratkan kesihatan orang yang tidak bersalah.

Kalau nak tahu pasal merokok, boleh rujuk video perkongsian pengalaman daripada Encik Uzir ni:-

 

 

 

 

Kesan Asap Rokok Terhadap Pasangan (Isteri) Perokok

  • Lebih terdedah kepada kanser
  • Mengurangkan kesuburan serta akan mengalami gejala putus haid lebih awal
  • Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
  • Melahirkan bayi yang kurang berat badan

 

 

cara atasi ketagihan merokok

 

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok

  • Meningkatkan statistik kematian akibat tabiat merokok
  • Mudah menjadi perokok setelah dewasa kelak
  • Mendapat jangkitan paru-paru
  • Pertumbuhan paru-paru akan terganggu.
  • Lebih mudah mendapat penyakit lelah

 

Kesan Asap Rokok Terhadap Ibu Hamil & Janin Dalam Kandungan

  • Pendarahan dari uri (abruption placenta)
  • Mengalami kurang berat badan sehingga 20-30%
  • Kuguguran janin
  • Pertumbuhan janin terencat sehingga 30% lebih tinggi
  • Kematian janin dalam kandungan

 

Kesan Asap Rokok Terhadap Bayi

  • Risiko peningkatan serangan lelah
  • Sindrom kematian mengejut
  • Kanser otak sehingga 22%
  • Masalah dan penyakit pernafasan
  • Perkembangan kecerdasan otot terjejas
  • Jangkitan telinga
  • Lukemia

 

Oleh yang demikian, kalau perokok ni tak mahu fikirkan kesihatan diri sendiri, sekurang-kurangnya, ingatlah orang tersayang. Takkan langsung tak tersentak di jiwa andai kematian orang lain disebabkan oleh tindakan kita walaupun tanpa niat kan?

Ibarat orang yang cuai memandu, kemudian mengakibatkan kemalangan maut bagi pihak orang lain. Padahal boleh jer nak elak kalau mengambil langkah berjaga-jaga pada peringkat awal, ye tak?

Ketahui juga 6 Tips Berhenti Merokok Secara Semulajadi.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Bahaya Asap Rokok Kepada Anak Isteri & Mereka Yang Bukan Perokok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge