• Putrajaya, Malaysia
  • November 2, 2024

Tekanan darah tinggi atau hypertension turut dikenali sebagai silent killer (pembunuh senyap) kerana tidak memberikan sebarang tanda atau simptom atau pun amaran awal seperti kita sakit perut, cirit-birit, sakit gigi atau sakit kaki.

 

kesan tekanan darah tinggi1

 

Faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan darah tinggi ni termasuklah umur, etnik, sejarah keluarga serta gaya hidup seharian seseorang.

 

Bacaan Tekanan Darah Tinggi Normal vs Bermasalah

Bacaan bagi tekanan darah tinggi sihat ialah 120/80 mm Hg atau lebih rendah lagi.

140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi tanpa mengira peringkat umur seseorang.

Angka pertama adalah tekanan sistolik atau tekanan darah apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh. Angka kedua pula adalah tekanan distolik iaitu tekanan dalam keadaan rehat.

Apabila kita disahkan mengidap tekanan darah tinggi, kita terpaksa bergantung kepada ubat sepanjang hayat. Isunya ialah, dengan pengambilan ubat sintetik dan mengandungi dadah, kita tidak dapat mengelakkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan kita.

Jadi, bagaimana?

 

8 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi Tanpa Dadah

1) Kurangkan Garam

Kurangkan pengambilan garam seharian daripada 2.3 g sehari. Garam diibaratkan pasir yang menyerap air dan meningkatkan tekanan darah. Kurangkan pengambilan kicap, ikan/telur masin dan elakkan menambah garam dalam makanan yang telah terhidang. 1 sudu teh sudah mengandungi 2.3 g garam!

 

2) Kurangkan Berat Badan

Pengidap darah tinggi perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Dengan pengurangan berat badan sebanyak 5 kg sudah memberi impak yang sangat ketara serta memudahkan lagi penyerapan ubatan atau suplemen yang dimakan.

 

3) Bersenam Dengan Kerap

Amalkan senaman selama 30-40 minit pada hujung minggu. Sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu. Secara tidak langsung ia turut mengurangkan berat badan.

 

4) Kurangkan Stress

Stress di tempat kerja, stress dengan urusan rumahtangga, stress kewangan, stress kesesakan jalan raya dan sebagainya akan meningkatkan tekanan darah kita buat sementara.

Sekiranya mempunyai stress kronik, sudah pasti ianya akan memudaratkan kesihatan dan membawa kepada punca penyakit berbahaya seperti strok, serangan jantung, tiroid dan sebagainya.

Maka, kehidupan perlu diseimbangkan dan cuba elakkan stress berpanjangan.

 

5) Jangan Merokok

Nikotin pada rokok boleh meningkatkan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga 1 jam.

Bayangkan, jika kita merokok sepanjang hari, berapa kali ganda tekanan darah meningkat sepanjang hari berkenaan?

 

kawal tekanan darah tinggi

 

6) Amalkan Diet Yang Lebih Baik

Diet seharian sangat penting dan mempengaruhi tekanan darah seseorang. Di antara tips yang boleh diamalkan ialah:-

  • Makan kerap tetapi sedikit iaitu dalam 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
  • Ambil tahu tentang keperluan kalori harian kita. Jadi ia dapat bantu kawal jumlah makanan yang diambil, sekaligus bantu kawal dan kurangkan berat badan.
  • Lebihkan pengambilan serat (fiber)
  • Kawal kolestrol. Biasanya orang yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi turut mempunyai berat badan dan kolestrol yang berlebihan. Oleh itu kita perlu kawal kolestrol dengan mengelakkan makanan berkolestrol tinggi seperti lemak haiwan, makanan laut, organ dalaman seperti paru-paru dan pada masa yang sama lebihkan serat dalam menu harian.
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein
  • Pastikan sumber potassium dimasukkan ke dalam menu harian kita. Potassium dapat mengurangkan kesan garam terhadap darah kita. Pisang merupakan pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.

 

7) Jangan Leka

Sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah bagi memantau tahap kesihatan kita. Walaupun kita bebas hypertension sekarang, namun pastikan melakukan pemeriksaan tekanan darah sekurang-kurangkan setahun sekali.

 

8) Rawat Tekanan Darah Tingggi Dengan Set Darah Tinggi Shaklee

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Encik Fahmy Suhaimi, beliau dan isteri yang sangat bimbang dengan tahap tekanan darah beliau serta kolestrol yang tinggi di sampimg mempunyai berat badan berlebihan telah memilih Set Darah Tinggi Shaklee serta pengawalam kolestrol dan berat badan.

Beliau amalkan  Omega Guard, Vitamin C, Garlic Complex, Phytocol ST, CoQ Health dan B Complex.

Hasilnya, tekanan darah tinggi dan tahap kolestrol beliau kembali ke paras normal dan yang paling best tu, beliau turun berat badan sebanyak 13 KG dalam masa 3 bulan.

Kalau anda nak try apa yang beliau dah cuba untuk mendapatkan tahap normal tekanan darah, bacaan kolestrol dan berat badan ideal tanpa bantuan dadah dan ubat sintetik, jangan lupa hubungi saya ye 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge