• Putrajaya, Malaysia
  • April 19, 2024

Apabila seseorang telah disahkan mengidap penyakit darah tinggi, biasanya mereka terpaksa berulang ke klinik atau hospital untuk mendapat rawatan lanjut serta ubat-ubatan. Namun, selalunya ubat yang dibekalkan merupakan ubat sintetik atau bukan semulajadi. Mungkin mengandungi bahan kimia yang memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan pengidap hipertensi.

Mungkinkah anda atau orang tersayang mempunyai pengalaman seperti Encik Fahmy Suhaimi ni yang mempunyai simptom-simpton penyakit darah tinggi serta yang berkaitan?

 

 

 

Jenis-jenis Ubat Yang Biasa Diberikan Kepada Pesakit Darah Tinggi

1) Diuretic

Ubat jenis ini akan merangsang buah pinggang supaya meningkatkan pembuangan air kencing. Ia bertujuan untuk meningkatkan kandungan cecair di dalam darah. Dengan itu, ia akan mengurangkan tekanan darah.

2) Vasodilator

Ubat jenis ini pula akan merangsang kapilari darah supaya menjadi relaks dan lentur untuk menambah ruang saluran darah.

 

3) Alpha Blocker

Ubat jenis ini pula berfungsi untuk mengelakkan dinding saluran darah daripada menjadi tegang.

4) ACEs Inhibitor

Ubat jenis ini pula memberhentikan penghasilkan hormon yang merangsang salur darah menjadi tegang.

 

 

kawal tekanan darah tinggi

Kesan sampingan Ubat Darah Tinggi

 

1) Memori Lemah

Bagi yang sedang mengambil pil ubatan darah tinggi, ada tak yang perasan yang daya ingatan semakin merosot?

Mungkin kita menjadi lupa di mana kita simpan kunci rumah, di mana kita letakkan barang-barang kegunaan harian, malah kita mungkin lupa dengan perkara yang baru berlaku sebentar tadi.

 

2) Berasa Letih Lesu

Ramai orang yang mengalami hipertensi dan mengambil pil ubat darah tinggi akan mendapati badan mereka semakin tidak berdaya untuk melakukan sesuatu. Nak buat kerja harian pun rasa tak larat. Malah terdapat juga yang mengalami kemerosotan kekuatan tenaga batin serta kerap alami sakit kepala.

 

3) Beremosi

Mungkin golongan yang mempunyai masalah darah tinggi mudah bertukar-tukar mood. Jadi moody, mudah marah dan mood yang tidak menentu. Cuba rujuk keluarga terdekat, ada tak perubahan ketara terhadap emosi kita.

 

Oleh yang demikian, sebelum menerima sebarang suntikan atau ubat-ubatan, pastikan bertanya dahulu kepada doktor apakah kesan jangka panjang yang bakal dihadapi. Bimbang juga sekiranya ia akan merosakkan buah pinggang atau organ-organ utama yang lain.

 

Untuk mengelakkan risiko kesihatan jangka panjang, pilihlah cara semulajadi bagi mengatasi masalah  tekanan darah tinggi ni.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge