• Putrajaya, Malaysia
  • April 18, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Entri kali ini adalah tentang Vitamin C Shaklee yang mempunyai keistimewaan sustained release.

 

Vitamin C Shaklee

 

Sustained Release Vita-C Plus

 

180 tablet/ 180 sajian  (6 bulan)

 

Vitamin C Semulajadi Dengan Pelepasan Jam Demi Jam

 

Shaklee Sustained Release Vita-C Plus merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan vitamin C sedikit-demi sedikit dalam masa lima jam.

 

Sebagai satu antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrient yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel, serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah*

(klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Sustained Release Vitamin C Shaklee

Kebaikan Vitamin C

#1: Pembentukan kolagen

Kolagen adalah struktur penting dalam pembinaan tulang, sendi, otot, gigi dan kulit. Kolagen akan menjadikan kulit lagi tegang, anjal, licin dan cantik serta luka cepat sembuh.

#2: Detoksifikasi

Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti raksa, plumbum, arsenik dan lain-lain toksik dan membuatkan ianya tidak berbahaya kepada buah pinggang serta dapat dinyahkan daripada badan. Sangat bermanfaat kepada perokok (berhenti merokok adalah terbaik!)

#3: Menguatkan Salur Darah

Vitamin C membantu menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolestrol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Justeru itu Vitamin C sangat disarankan kepada pengidap darah tinggi bagi mengelakkan jantung tersumbat dan stroke.

#4: Elakkan Penyakit Berbahaya/Luka/Lebam

Di antara penyakit yang disebabkan kekurangan Vitamin C ialah skurvi. Selain itu berlaku pendarahan dalam sendi dan otot, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut, lebam-lebam, pendarahan pada badan serta luka lambat sembuh.

Sekiranya anda kurang sihat, dos pengambilan Vitamin C perlu ditingkatkan untuk segerakan penyembuhan.

#5: Anti-Stress dan Interferon (Hormon Fungsi Imun)

Vitamin C berperanan dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon iaitu hormon untuk melawan penyakit. Ini kerana stress boleh memusnahkan Vitamin C, maka keimunan badan akan lemah. Seterusnya menyebabkan kita mudah dihinggapi penyakit.

#6: Tampung Kekurangan Vitamin C Badan

Walaupun kita digalakkan mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, namun ianya belum menjamin kita mendapat nutrient yang mencukupi. Ini kerana, nutrient tersebut boleh hilang sejak dari proses penuaian buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut.

Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Jom kita sama-sama menjaga kesihatan.

Terima kasih 🙂

Shaklee Independent Distributor

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Apakah Sustained Release dalam Vitamin C?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge