• Putrajaya, Malaysia
  • May 2, 2024

Taugeh atau tauge (kalau orang Terengganu panggil “cammboh”) sebenarnya sangat berkhasiat serta tinggi dengan nutrisi dan bagus untuk kesihatan.

Taugeh ni diperbuat daripada kacang hijau (yang paling popular, ada daripada Alfafa) dengan cara penghasilannya yang cukup mudah serta cepat.

 

kebaikan taugeh yang tinggi zat

 

Biasanya taugeh ni kita akan jadikan ulam terutamanya di dalam laksa atau laksam dan dimakan mentah.

Namun sebahagian besar daripada kita kurang menggemarinya jika tidak dimasak terlebih dahulu. Mungkin rasa taugeh mentah macam lain sikit, kan. Tapi, bila dimasak, memang sedap.

 

6 Kebaikan Taugeh Untuk Kesihatan

Di antara khasiat taugeh untuk kesihatan kita yang mungkin sebahagian daripada kita tidak menyangka kehebatannya ialah:

 

1) Cegah Kanser

Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfafa dan sebainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang sangat tinggi dengan nutrisi serta berkhasiat.

Salah satu daripadanya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

 

2)  Baik Untuk Wanita

Selain daripada itu, taugeh turut mengandungi estrogen semulajadi yang berfungsi sama seperti estrogen sintesis.

Estrogen di dalam taugeh dapat membantu meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus serta gangguan akibat menopaus.

 

3) Meningkatkan Kesuburan

Taugeh sangat elok diambil sama ada oleh golongan lelaki atau wanita kerana mampu membantu meningkatkan tahap kesuburan mereka.

Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan kualiti sperma yang dihasilkan lebih baik. Begitu juga kaum wanita, mereka akan menjadi lebih subur dengan mengamalkan taugeh ni.

 

4) Mengurangkan Kolestrol Jahat

Taugeh tinggi dengan kandungan saponi (saponin) yang bertindak membantu menyingkirkan kolestrol jahat (LDL) tapi pada masa yang sama, memelihara kolestrol baik (HDL).

Jadi mereka yang mempunyai bacaan kolestrol yang agak tinggi, elok sangatlah makan taugeh ni. Jadikan sebagai amalan. 

Kolestrol yang rendah dalam darah akan menurunkan kadar risiko mendapat serangan penyakit jantung dan strok.

 

 

5) Awet Muda

 Taugeh juga kaya dengan antioksidan. Antioksidan ni adalah agen yang sangat penting dalam menangkis serangan radikal bebas yang boleh merosakkan sel DNA kita.

Apabila DNA kita sihat dan terpelihara, maka kita pun akan jadi lebih sihat, ceria dan nampak muda.

 

6) Nyahkan Toksin & Kotoran

Taugeh sangat tinggi dengan kandungan serat dan air yang sangat penting dalam membantu usus besar mengeluarkan kotoran.

Apabila usus telah bersih, zat daripada makanan yang diambil dapat diserap secara lebih optimum.

Usus yang bersih juga akan menjauhkan kita daripada risiko kanser kerana bebas daripada pengumpulan bahan toksin dan beracun di dalamnya.

 

 Lepas ni, silalah amalkan untuk memakan taugeh ye. Dah la taugeh ni mudah nak dapat, murah pulak tu.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge