• Putrajaya, Malaysia
  • May 6, 2024

Berpantang adalah amalan yang wajib dilakukan oleh para ibu yang baru lepas melahirkan anak. Tidak kiralah secara tradisonal atau secara moden. Namun, bagi saya, pada zaman sekarang ni, gabungan pantang secara tradisional dan moden adalah pilihan terbaik. Yang penting, sebab nak jaga kesihatan ibu dan bayi.

 

Kepentingan Berpantang Yang Sering Para Ibu Abaikan

Proses mengandung dan melahirkan bayi merupakan satu proses yang melibatkan perubahan besar pada tubuh dan hormon para ibu. Masa mengandung, badan ibu menjadi lebih fleksibel bagi menampung kehadiran dan kelahiran bayi kelak.

Sebab tulah kita perlu melalui proses berpantang. Lebih kurang macam proses pemulihan tubuh lah kiranya. Sebab tu, kalau orang-orang tua dulu, cara berpantang mereka sangat ketat. Saya pun tak terikut rasanya…hehe

Tapi, cer tengok badan diaorang. Anak 5 orang pun masih body anak dara. Plus cergas dan bertenaga sentiasa. Kalu tak, longgar sana longgar sini. Seram weh.

 

Ada satu video pengalaman berpantang seorang ibu muda yang saya nak share dengan korang. Beliau dah jumpa solusi trauma pantang beliau selama ini.

 

 

Kalau ikutkan, beliau takdelah berpantang secara ekstrem pun, tapi Alhamdulillah, masalah berpantang anak sulung sampai beliau serik nak beranak lagi, akhirnya totally gone bila dah bersalin anak kedua.

Teruja mak! hehehe

 

Tips Berpantang Berpantang Gabungan Tradisional & Moden

Tips berpantang ni daripada saya. Tetiba rasa dah tukar kerjaya jadi mak bidan plaks, kikiki. Sekadar cadangan dan berkongsi pengalaman sahaja. Mana tahu boleh diguna pakai oleh para ibu yang bakal bersalin nanti kan?

 

1) Bengkung

Bengkung ni wajib pakai tau. So far, masa berpantang anak sulung kat luar negara dulu pun, saya siap angkut bengkung dari Malaysia. Masa tu sapu sedikit kapur bercampur titisan jus limau atau jamu kat perut. Memang berbekung ni akan cepatkan proses untuk kuruskan perut.

Selain tu, kita pun lebih selesa dan yakin nak bergerak. Saya pakai bengkung yang tali panjang berdepa-depa tu. Anak kedua ni pun sama.

 

2) Stoking

Stoking ni pun satu perkara yang wajib gak. Tanggal masa nak mandi atau pergi ke tandas jer. Means kene pakai sepanjang masa. Stoking ni bertujuan nak elakkan badan masuk angin. Kalau tak, mesti letih lemau rasa badan.

 

3) Bertungku

Bertungku pun antara perkara yang tak boleh tinggal. Dengan bertungku, ia akan cepatkan proses kecutkan bengkak rahim serta dalaman. Di samping tu, darah-darah kotor pun cepat keluar. Nanti rujuk bidan cara bertungku yang betul. Sekaligus dapat naikkan peranakan.

 

4) Berurut

Berurut pada saya pun perlu. Nak tambah kesegaran badan serta boleh juga request dengan bidan untuk urut lancarkan pengeluaran air susu. Lepas tu siap-siaplah dengan pam in case baby dah kenyang menyusu. Kalau tak, kita pulak boleh demam akibat bengkak susu yang melimpah ruah.

Nak cadangkan tukang urut best pun, saya bukan tahu sangat sebab kadar rasa best berurut ni bergantung pada diri para ibu sendiri. Tapi boleh rujuk hospital bersalin punya post.

 

5) Makanan Berpantang

Dulu berpantang pagi petang minum air milo, makan roti dan biskut jer. Nasi pula makan masa panas-panas berlaukkan sawi rebus dan ikan panggang garam kunyit. Kadang-kadang, bilis goreng tanpa minyak.

Macam sedih jer…hahaha. Rupanya-rupanya pelbagai menu berpantang berlambak-lambak yang kita boleh buat. Google jer kan. Lepas ni boleh ler nak try. Malah, kalau nak tempah pun, boleh cuba hubungi Mangkuk Tingkat atau A Good Maid. Wahhhh, mudahnya zaman sekarang.

 

6) Minum Air

Kalau ikutkan, ramai yang berpantang cara lama tak beri minum air. Tapi air kosong ni penting bagi mengelakkan kita terhidrat di samping  membantu penghasilan susu. Sebaik-baiknya para ibu minum air suam dengan kadar yang sedikit tetapi kerap.

 

7) Berpantang Ais

Mak sayang memang letak sign “DO NOT TOUCH” besar-besar untuk air ni. Sebabnya boleh buat badan kita mudah sakit-sakit. Kalau boleh, berpantang selama 6 bulan daripada mengambil ais. Kalau dapat 1 tahun lagi bagus. Erkkkk! 1 Tahun? Anakandanya 8 bulan jer kot….hahaha

 

8) Jamu vs Suplemen Moden

Jamu atau vitamin moden ni terpulanglah kepada individu. Tapi dalaman memang perlu jaga. Cuma jamu ni biasanyacboleh sebabkan baby kuning atau kepanasan hingga cirit-birit. Kalau nak pilih vitamin semulajadi sebagai jamu moden pun boleh juga. Tapi pastikan yang ianya betul-betul selamat dan berkesan.

 

Apa yang penting, jangan culas berpantang ye ibu-ibu. Masa ni memang tak terasa apa-apa. Tengoklah nanti, baru 30-40-an, badan dah sakit sana-sini. Lagipun, berpantang ni adalah peluang keemasan untuk para ibu jadi semakin cantik macam anak dara dulu. Asalkan berpantang dengan betul-betul walaupun tidak terlalu ekstrem.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

7 thoughts on “8 Tips Persediaan Berpantang Selepas Bersalin Agar Badan Kembali Seperti Anak Dara

  1. Assalamualaikum semua….nak tahu cara berpantang dengan mudah cergas dan tangkas….jangan risau selamat untuk baby dan ibu…nak tahu lebih detail boleh whatsapp 0176607841 som

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge