• Putrajaya, Malaysia
  • October 8, 2024

Para ibu yang baru lepas bersalin perlu menjaga kesihatan dan diet mereka supaya dapat menyusukan bayi dengan betul. Penjagaan kesihatan yang baik selepas bersalin bukan sahaja dapat membantu ibu-ibu kekal sihat, bertenaga dan ceria, malah turut mempengaruhi perkembangan dan kesihatan si manja.

 

Kembali Ke Bentuk Asal Selepas Bersalin

Tidak dinafikan, setiap wanita yang baru jer lepas bersalin, memang tak sabar-sabar nak kembali ke bentuk asal atau lebih kurus secepat mungkin.

Namun, salah satu fakta yang tidak boleh dielakkan ialah para ibu dilarang mengikuti sebarang program penurunan berat badan atau diet serta-merta selepas kelahiran bayi. Apatah lagi kalau ibu yang menyusukan bayi.

 

diet sihat ibu lepas bersalin

 

Rehat dan diet nutrisi yang betul disyorkan beberapa hari selepas kelahiran. Atas nasihat doktor, sekiranya ibu-ibu dicadangkan dengan senaman dalam pantang, baru ibu-ibu sekalian boleh mula bersenam.

 

diet sihat ibu lepas bersalin

 

Sebenarnya, seiring dengan diet yang sihat, terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi penurunan berat badan ibu lepas bersalin ni.

Selain daripada itu, hormon mudah bertukar dalam tempoh berpantang ni dan para ibu mungkin akan mengalami perubahan hormon secara lebih kerap dengan tiba-tiba.

Namun para ibu tidak perlu berasa bimbang kerana keadaan ini hanya bersifat sementara sahaja. Ianya akan berlalu dengan lebih pantas sekiranya para ibu mendapatkan diet yang bernutrisi dan regim senaman yang betul.

Dengan kesabaran dan mengikuti program diet dan kesihatan secara konsisten, para ibu pasti mendapat kembali bentuk badan idaman 🙂

 

Tips Kesihatan & Diet Ibu Dalam Pantang

#1: Kawal Pengambilan Kalori

Walaupun para ibu tidak digalakkan berdiet, namun para ibu perlu berhati-hati dengan kalori. Ketahui apakah kalori yang ideal untuk ibu menyusu dan cuba hindari pengambilan kalori secara berlebihan.

Elak atau kurangkan pengambilan makanan bergoreng kerana ianya tinggi kalori.

Namun, pastikan anda makan setiap 3-4 jam sehari. Ibu dalam pantang terutamanya yang menyusukan bayi tidak boleh berlapar sehingga kebulur. Nanti penurunan berat badan semulajadi pun akan terjejas tau.

Salah satu manfaat luar biasa bagi ibu yang menyusukan bayi ialah badan boleh membakar sehingga 500 kalori dan otot-otot rahim mengecut dengan lebih pantas.

Secara tidak langsung, ianya akan bantu para ibu mendapatkan bentuk badan yang sihat, selamat dan mantap.

 

#2: Air Yang Mencukupi

Para ibu harus beringat untuk memastikan pengambilan air seharian adalah mencukupi. Mengambil air yang mencukupi adalah sangat penting, lebih-lebih lagi sekiranya para ibu menyusu badan.

Sekiranya badan ibu cukup air (hydrated), maka ia akan membantu penghasilan susu yang mencukupi serta bantu ibu supaya bertenaga sepanjang hari.

Biasanya, 2-3 Liter air sehari sudah mencukupi untuk orang dewasa biasa, namun, ibu yang menyusu memerlukan sehingga 4 Liter air sehari. Ambilah air secara sedikit namun kerap.

 

#3: Hidangan Yang Berkhasiat

Para ibu boleh mengambil hidangan yang ringkas tetapi berkhasiat. Untuk lebih mudah, sediakan hidangan tersebut lebih awal bagi mengelakkan ibu-ibu cenderung mengambil makanan segera andai keletihan.

Makanan tersebut tidak berkhasiat, malah akan menambah lemak pada badan.

Pastikan para ibu mengambil sekurang-kurangnya sekali dalam sehari hidangan yang seimbang dan lengkap.

Pastikan juga buah-buahan dan sayur-sayuran sentiasa ada sebagai stok di rumah. Jadi, kalau para ibu lapar, makanan yang berkhasiat tersebut boleh dijadikan sebagai alas perut.

 

#4: Senaman Yang Bersesuaian

Walaupun masih terlalu awal, para ibu boleh memulakan senaman berjalan dengan langkah kecil dan boleh dipertingkatkan selepas disyorkan oleh doktor. Yoga turut menjadi pilihan senaman ibu lepas bersalin.

 

Sama seperti mereka yang tidak melahirkan, apa yang paling penting, bagi menurunkan berat badan, diet yang betul adalah perkara pokok yang perlu dititikberatkan oleh para ibu. Pastikan mengambil makanan yang bernutrisi.

Senaman akan membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak serta meningkatkan kecergasan para ibu.

Sekiranya perlu, para ibu boleh mengambil suplemen ibu berpantang bagi menampung kekurangan zat dalam tubuh serta membantu para ibu untuk lebih ceria dan bertenaga serta bantu proses kelangsingan. Namun, pastikan suplemen tersebut benar-benar berkesan, selamat dan semulajadi agar tiada kesan sampingan pada kesihatan.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Tips Penjagaan Kesihatan & Diet Ibu Lepas Bersalin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge