• Putrajaya, Malaysia
  • April 25, 2024

Memang geram bila tengok budak-budak kecil yang chubby-chubby ni. Rasa nak picit-picit jer pipi. Malah mempunyai anak-anak yang gebu dan comel memang menjadi dambaan ibu bapa. Tapi awas, kalau kecomelan anak-anak yang montel tersebut telah masuk ke kategori obesiti, para ibu bapa perlu berwaspada.

Biasanya, kalau kanak-kanak bawah 2 tahun yang menyusu badan yang mempunyai berat badan berlebihan daripada carta berat badan normal, ianya tidak menjadi isu sangat. Sebabnya, berat badan kanak-kanak ni akan menyusut seiring dengan tumbesaran dan keaktifan mereka.

Namun, bagi kanak-kanak yang minum formula serta mula mengambil makanan pejal, pertambahan berata badan yang berlaku perlu dipantau dengan lebih serius lagi oleh ibu bapa.

 

Bagaimana Mengukur Berat Badan Kanak-kanak

Berat badan kanak-kanak bertambah sepanjang proses tumbesaran. Berat badan yang sempurna (ideal weight) juga bertambah mengikut umur.

Oleh yang demikian, kita perlu merujuk kepada carta body mass index (BMI) untuk mengetahui samada berat badan anak kita normal atau tidak.

 

Bagaimana Mengatasi Masalah Obes Di Kalangan Kanak-kanak

Orang dewasa yang obes perlu mengurangkan berat badan. Kanak-kanak yang obes pula perlu mengekalkan berat sepanjang tumbesaran (berat badan kekal semasa tinggi sedang bertambah). Keadaan ini boleh bantu memperbaiki semula kesihatan kanak-kanak yang obes.

Masalah kesihatan berkaitan obes boleh dikurangkan dengan tabiat makan yang baik dan senaman atau aktiviti fizikal yang kerap.

 

 

cegah kegemukan di kalangan kanak-kanak

#1: Kegiatan Fizikal Setiap Hari, Sekurang-kurangnya 1 jam

Ia berkesan untuk mengawal berat badan, mengurangkan risiko penyakit, di samping menguatkan otot.

Kanak-kanak patut dilibatkan dengan aktiviti fizikal yang menyeronokkan seperti senaman berpasukan, berenang, yoga, berbasikal, menari, atau berjalan-jalan pada waktu petang atau selepas makan malam.

Senaman yang dilakukan tidak semestinya terlalu berat atau memenatkan. Senaman yang baik ialah melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk menggalakkan pembinaan otot.

Kanak-kanak prasekolah pula perlu digalakkan bermain di taman permainan atau melakukan aktiviti di luar rumah.

 

 

cegah kegemukan di kalangan kanak-kanak

#2: Sokongan & Minat Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Anak-anak Mereka

Aktiviti fizikal yang dirancang perlulah sesuai dengan minat dan keupayaan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak dan membuat catitan dalam satu carta.

Pujilah anak-anak andai mereka telah mencapai matlamat. Di samping itu, ibu bapa juga wajar menunjukkan tauladan yang baik dengan menjadikan aktiviti fizikal sebagai aktiviti sekeluarga.

 

 

 

cegah kegemukan di kalangan kanak-kanak

#3: Hadkan Aktiviti Sedentari, Tidak Boleh Melebihi 2 Jam Sehari

Aktiviti sedentari yang menjadi kegilaan kanak-kanak seluruh dunia pada masa kini ialah video atau wayang, permainan video, aktiviti komputer dan gajet-gajet yang lain termasuk smartphone, iPad dan sebagainya.

Ini tidaklah termasuk mengulangkaji pelajaran dan melakukan kerja sekolah.

Selain itu, elakkan penggunaan lif, tetapi lebihkan menggunakan tangga.

 

 

cegah kegemukan di kalangan kanak-kanak

#4: Galakkan Kanak-kanak Makan 5 Hidangan Sayur & Buah Setiap Hari

Hiaskan pinggan makan untuk kanak-kanak dengan sayuran pelbagai warna seperti brokoli, tomato, jagung carrot, ubi kentang dan kacang hijau.

Hidangkan juga buah-buahan segar seperti tembikai, belimbing, limau dan elakkan jus.

 

 

cegah kegemukan di kalangan kanak-kanak

#5: Makan Mengikut Masa Bagi Sarapan, Makan Tengahari & Malam

Sarapan pagi memainkan peranan yang sangat penting sebagai pembekal tenaga dan meningkatkan kadar metabolisma badan.

Tanpa sarapan pagi akan menyebabkan kanak-kanak berasa terlalu lapar dan cenderung untuk makan terlalu banyak pada hidangan berikutnya.

 

 

tips atasi kegemukan kanak-kanak

#6: Makan Sarapan, Makan Tengahari & Malam Bersama Keluarga

Amalkan makan setiap hidangan bersama keluarga di meja makan. Elakkan makan sambil menonton televisyen.

Elakkan juga meletakkan televisyen di bilik anak-anak.

 

 

cegah kegemukan di kalangan kanak-kanak-makan bersama keluarga

#7: Galakkan Kanak-kanak Meminum Air Kosong

Air kosong tidak mengandungi kalori. Selain itu, air kosong sangat bagus untuk kesihatan kerana ia membantu menyingkirkan toksin dan garam berlebihan daripada tubuh yang menjadi salah satu punca kegemukan.

Anak-anak yang digalakkan meminum air kosong dari kecil lebih mudah menjadikan amalan ini sebagai amalan harian apabila dewasa kelak.

 

Apa-apapun, segalanya bermula daripada ibu bapa. Tunjuklah anak-anak yang ibarat kain putih ini contoh yang baik termasuk menjalani cara hidup yang sihat. Dengan cara itu, obesiti di kalgan kanak-kanak pasti dapat dikurang atau dielakkan.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

8 thoughts on “7 Tips Atasi Obesiti Di Kalangan Kanak-kanak Agar Tidak Memudaratkan Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge