• Putrajaya, Malaysia
  • December 10, 2024

Sebelum ni, banyak info yang saya kongsikan tentang syarat utama untuk kurus ialah diet yang betul, kemudian amalkan gaya hidup yang aktif dan akhir sekali ialah pengambilan suplemen bagi menampung kekurangan zat dan membantu proses kurus dengan lebih optimun. Jangan ikut kesilapan yang selalu dilakukan dalam proses nak kurus ye.

Diet yang betul pula berkaitan dengan bagaimana pengambilan kalori (Calorie IN) dan pembakaran kalori (Calorie OUT). Juga perlu memilih cara penyediaan makanan yang lebih sihat.

 

Cara kurus yang betul

 

Apakah Itu Kalori?

Kalori ialah unit ukuran tenaga untuk makanan (1 kalori = 4 joule). Sumber-sumber utama dalam makanan adalah karbohidrat, protein dan lemak.

Kita makan supaya kita mendapat khasiat. Apa yang lebih penting ialah untuk mendapatkan tenaga bagi mengekalkan aktiviti, fungsi tubuh dan kehidupannya sendiri.

Setiap nafas yang kita ambil, setiap pergerakan tubuh badan kita memerlukan sejumlah tenaga.

 

Bagaimana Kalori Mempengaruhi Pertambahan & Pengurangan Berat Badan?

Kehilangan dan pertambahan berat badan sangat berkait rapat dengan tenaga, dan semuanya melibatkan kalori.

Nak hilangkan 1 pound @ lebih kurang 1/2 KG lemak? Kalau macam tu, kita harus membakar 3500 kalori.

Jika kita membekalkan tubuh kita dengan tenaga (makanan) yang lebih banyak daripada yang diperlukan, lebihan tenaga tersebut tidak boleh hilang begitu sahaja. Ia akan disimpan (dipanggil tenaga keupayaan) sebagai lemak.

 

Apakah Kesan Terhadapt Kehilangan @ Pertambahan Berat Badan?

Tenaga & Pertambahan Berat Badan

Orang yang mempunyai berat badan berlebihan membekalkan terlalu banyak tenaga ke dalam sistem tubuh mereka. Dengan kata lain, berdasarkan kadar metabolik normal dan aktiviti harian mereka, mereka telah mengambil makanan yang berlebihan berbanding kadar sebenarnya yang diperlukan.

Oleh itu, lebihan tenaga tersebut akan disimpan sebagai lemak.

 

Tenaga & Penurunan Berat Badan

Apabila kita tidak mengambil makanan yang mencukupi untuk menghasilkan tenaga untuk menyokong pelaksanaan aktiviti seharian kita,badan akan menggunakan lemak yang disimpan (berlebihan) untuk menyeimbangkan sistem tubuh.

 

Berapa Banyak Kalori Harian Yang Diperlukan?

Setiap individu secara amnya perlu tahu berapa banyak kalori yang diperlukan setiap hari serta faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Memang terdapat perlbagai formula yang berbeza untuk mengira kalori, namun, lebih baik kita ambil secara praktikal.

Faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan kalori ialah jantina, umur, berat dan tahap aktiviti setiap individu.

 

Bukan senang nak kurus, tapi kalau berdisiplin, pasti berjaya. Bukan susah nak gemuk, tapi kalau sabar dan mampu kawal diri, mesti badan terus maintain sihat, langsing dan menawan 🙂

 

Nota: Selain BMI, ketahui juga perihal BMR dan DCR.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Hubung Kait Kalori & Penurunan Berat Badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge