• Putrajaya, Malaysia
  • May 3, 2024

Semalam   saya ada share berkenaan Hubungkait Kalori & Peningkatan Serta Penurunan Berat Badan. Nanti saya sentuh sikit berkenaan faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan kalori. Tapi ada lagi yang perlu kita tahu, iaitu tentang BMR dan DCR.

Keperluan kalori harian seseorang bergantung kepada beberapa faktor iaitu:-

#1: Jantina

Lelaki biasanya memerlukan lebih tenaga berbanding wanita. Golongan lelaki secara lumrahnya sering terlibat di dalam melakukan kerja-kerja berat, jadi perlu lebih banyak tenaga.

 

#2: Umur

Semakin kita berusia, semakin berkurangan kadar kalori yang diperlukan. Ini kerana kadar metabolik semulajadi tubuh kita semakin menurun.

 

#3: Berat Badan

Semakin berat seseorang, semakin banyak kalori diperlukan untuk melaksanakan aktiviti seharian. Seperti kereta, semakin besar dan berat, semakin banyak bahan bakar yang diperlukan.

 

#4: Kadar Aktiviti Harian

Sentiasa bergerak aktif dan cergas akan memastikan kadar kalori (tenaga) yang dibakar semakin tinggi. Menjadi aktif juga memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan tahap metabolisma secara menyeluruh.

 

Kalau sebut pasal BMI, mesti ramai yang familiar kan? Bagaimana pula dengan BMR dan DCR? Pernah dengar tak? Macam ala-ala jenama basikal dan kamera pun yer..hehe

 

 

cara kurus mudah

 

Basal Metabolic Rate (BMR)

 

cara kurus mudah

 

BMR ialah jumlah tenaga yang kita perlukan untuk mengekalkan kehidupan kita seharian. Ini termasuklah pernafasan, organ-organ segalanya yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan.

Lelaki: BMR = 66 (13.7 x berat dalam KG) (5 x tinggi dalam cm) – (6.8 x umur dalam tahun)

Wanita: BMR = 665 (9.6 x berat dalam KG) (1.8 x tinggi dalam cm) – (4.7 x umur dalam tahun)

 

Daily Calorie Requirement (DCR)

Kemudian, kita kategorikan faktor keaktifan seseorang tu melalui Activity Multiplier:-

  • Tidak Aktif = BMR x 1.2 (senaman atau tidak, kerjja meja)
  • Aktif Sedikit = BMR x 1.375 (senaman ringan/sukan 1-3 hari/minggu)
  • Agak Aktif = BMR x 1.55 (senaman sederhana/sukan 3-5 hari/minggu)
  • Sangat Aktif = BMR x 1.725 (latihan keras/sukan 6-7 hari/seminggu)
  • Sangat Aktif = BMR x 1.9 (senaman keras setiap hari/sukan & kerja fizikal @ latihan 2x sehari)

 

Keperluan Kalori Harian (DCR)

Anda adalah seorang wanita yang berumur 30 tahun, 30 tahun, 5′ 6″ tinggi (167.6 cm) dan berat 120 paun (54.5 KG)

BMR Anda = 655   523   302 – 141 = 1,339 kalori/hari

DCR Anda = 1.55 x 1,339 = 2,075 kalori/hari

 

Lepas dah ada kiraan ni, jadi akan lebih tepat lagi kita nak tahu keperluan kalori harian tubuh kita. Senang nak bajet pengambilan makanan pun ye kan?

Kira, jangan tak kira yer 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge