• Putrajaya, Malaysia
  • April 24, 2024

Kita sering diberitahu, kalau nak jaga kesihatan dan berat badan, makan dalam 5-6 hidangan sehari atau setiap 3-4 jam. Tapi agak confuse jugak bila nak tahu satu hidangan tu banyak mana, ye tak? Bagaimanakah sukatannya?

Sebenarnya satu prinsip untuk mengekalkan berat badan yang sihat adalah makan secara sederhana. Kawal saiz hidangan kita dengan mengambil bilangan sajian yang betul untuk mengelakkan daripada terlebih makan.

Satu hidangan adalah ukuran makanan dan  minuman yang dicadangkan bagi kta makan setiap hari dan diukur menggunakan ukuran isi rumah seperti cawan, pinggan, mangkuk, sudu besar dan sudu teh.

 

Makan Mengikut Bilangan Sajian Untuk Setiap Kumpulan Yang Disarankan Dalam Piramid Makanan

Agak-agaknya kita boleh tahu tak bilangan sajian makanan yang kita perlu makan setiap hari berdasarkan piramid makanan?

 

Petua kuruskan badan

 

Jadual di bawah menunjukkan bilangan sajian yang kita perlu makan setiap hari berdasarkan keperluan tenaga (kalori) badan kita:-

 

Petua kuruskan badan

 

Saiz hidangan Untuk Kanak-kanak

Kanak-kanak pun kita tak boleh abaikan tau. Mereka perlu diberikan nutrisi dan makanan seimbang agar dapat membesar dengan kuat dan cergas. Tambah-tambah lagi untuk sokongan perkembangan pesat otak mereka.

Kanak-kanak memerlukan jumlah tenaga dan nutrien yang mencukupi daripada sumber yang sihat untuk pertumbuhan dan perkembangan yang optimum.

Terlalu banyak atau terlalu sedikit kalori boleh menyebabkan masalah obesiti semasa kanak-kanak, terbantut dan kurang berat badan sehingga boleh membawa kepada masalah yang lebih buruk agi apabila mereka besar kelak.

Jadual di bawah ni boleh dijadikan panduan untuk kita bagi membuat anggaran jumlah kalori dan bilangan sajian makanan yang diperlukan oleh anak kita setiap hari.

 

Petua kuruskan badan

 

 Contoh 1 Sajian Berdasarkan Piramid Makanan

Untuk lebih memahami maksud 1 sajian daripada pelbagai jenis makanan, boleh rujuk contoh jadual di bawah:-
Petua kuruskan badan
Dengan panduan yang diberikan, diharap agar kita semua lebih jelas dengan cara pengambilan makanan seharian yang lebih sihat 🙂

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Kekalkan Berat Badan Sihat Dengan Saiz Hidangan Sederhana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge