• Putrajaya, Malaysia
  • October 8, 2024

Memang seronok kan, semakin kita makan, badan kita semakin kurus. Boleh makan apa yang kita suka tapi kekal langsing. Memang pun, diet atau pemakanan yang betul adalah kunci utama untuk kurus. Tapi perlulah pilih yang sihat. Makanan kegemaran tak perlu tinggal, tapi kalau ianya menyumbang kepada kegemukan, perlulah dikurangkan.

Makanan pembakar lemak terbaik adalah yang dapat bantu mempercepatkan metabolisma kita, sekaligus mengurangkan berat badan di samping bantu untuk membina otot untuk kekal sihat.

Metabolisma tubuh yang tinggi sekaligus membantu pembakaran kalori, yang mana bertindak menukar makanan yang kita makan kepada tenaga. Tenaga ni digunakan untuk melaksanakan aktiviti seharian kita.

 

Makanan Pembakar Lemak Yang Baik Untuk Kesihatan

 #1: Yogurt Rendah Lemak

 

Tips kurus dengan cepat dan mudah

 

Yogurt rendah lemak kaya dengan kandungan protein dan kalsium. Ia terbukti dapat mempertingkatkan lagi metabolisma tubuh.

Kajian mendapati seseorang yang mengamalkan diet yogurt rendah lemak ni boleh kehilangan berat badan 2 kali ganda lebih cepat.

Ini kerana, kita mendapat sekurang-kurangnya 1,200mg kalsium setiap hari berbanding orang yang kekurangan kalsium.

Orang yang cukup bekalan kalsium harian memang kurang berisiko mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. Bingo!!! Rasanya macam fakta yang baru kan? 🙂

 

#2: Omega-3 Ikan

 

Makan makanan yang sihat dapat meningkatkan metabolisma tubuh

 

Ikan terutamanya ikan sardin dan salmon merupakan sumber protein yang baik sekaligus dapat mengurangkan berat badan.

Asid lemak Omega-3 juga dapat membantu mengurangkan berat badan serta menurunkan selera makan kita.

 

#3:  Makanan Kekacang (Soy Food)

 

Makanan pembakar lemak - soya

 

Makanan kekacang terutamanya daripada soya seperti Edamame dan tauhu adalah makanan berprotein yang sihat. Pada masa yang sama dapat bantu tingkatkan metabolisma tubuh dan menurunkan peratusan lemak badan kita.

Saya suka soya. Tempe pun saya suka. Kalau dalam masakan, memang saya kutip tempe ni. Tapi ai bukan orang Jawa tau…hehe

 

#4: Daging Tanpa Lemak

 

Makanan pembakar lemak - daging tanpa lemak

 

Daging adalah salah satu makanan terbaik untuk pembakaran lemak kerana tubuh menggunakan lebih banyak kalori semasa proses pencernaan.

Namun, pastikan kita buang terlebih dahulu lemak dan kulit daging ayam dan itik. Kalau nak senang, guna jer bahagian dada. Jika menggunakan daging lembu, pastikan bahagian lemak yang nampak enak tu pun dibuang.

 

#5: Telur

 

Makanan pembakar lemak - telur

 

Telur adalah salah satu sumber protein yang seimbang untuk bantu tubuh kita bakar lemak berlebihan. Telur juga dapat bantu kehilangan otot sewaktu berat badan kita berkurangan.

 

#6: Cuka

Makan makanan yang sihat dapat meningkatkan metabolisma tubuh

 

Penggunakan cuka secara sederhana bantu tubuh kita memecahkan lemak yang berlebihan.

 

#7: Buah-buahan Jenis Limau

 

Makanan pembakar lemak - lemon limau

 

Buah-buahan terutamanya berjenis limau ni terbukti dapat bantu meningkatkan tahap insulin dalam badan sekaligus mengurangkan rasa lapar.

Buah lemon dan oren mempunyai kandungan serat dan kadar air yang tinggi serta rendah kalori. Faktor ini akan membantu mengurangkan berat badan kita.

 

#8: Cili

 

Makanan pembakar lemak - cili

 

Lagi pedas cili tu, lagi bagus kesannya. Cili merupakan makanan pembakar lemak yang meningkatkan metabolisma dan seterusnya melonjakkan pembakaran kalori. Tapi makanlah secara sederhana juga ye. Karang buasir pulak 😛

 

#9: Sayur-sayuran & Buahan-buahan Sihat

 

Makanan pembakar lemak - sayur dan buah

 

Sayur-sayuran dan buah-buahan tinggi serat. Ianya mengandungi kurang kalori dan beri rasa kenyang yang lama.

Makanan tinggi serat bukan sahaja bantu meningkatkan metabolisma, malah bagus untuk penghadaman. Penghadaman yang lancar juga salah satu cara menurunkan berat badan.

 

#10: Bijirin

Makan makanan yang sihat dapat meningkatkan metabolisma tubuh

 

Bijirin turut mengandungi serat yang tinggi dan sentiasa bantu memelihara dan merendahkan kadar insulin dan meningkatkan kadar metabolisma.

Tapi pastikan kita memilih bijirin penuh seperti roti gandum penuh, pop corn kosong, bukannya bijirin bertapis seperti roti putih kerana akan melambatkan kadar metabolisma. Seterusnya akan sebabkan badan mula menyimpan lemak.

 

Banyak pilihan ni. Nak dengan tak jer. Lepas ni boleh pelbagaikan resipi sihat dengan semua bahan-bahan pengaktif metabolisma ni ::)

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “10 Makanan Pembakar Lemak Agar Tubuh Kekal Langsing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge