Plan asalnya, cuti sekolah je, terus nak balik kampung, biasanya tak petang Jumaat, malam tulah.
Tapi disebabkan incik suami ada kerja yang mesti diuruskan, maka terpaksalah tangguhkan plan balik kampung ke minggu yang lain.
Sementara balik ni, plannya nak bawa bebudak ni pergi mandi kolam kat kejiranan ni jer.
Kat sini, dia charge RM 2 per entry untuk setiap kanak-kanak.
Ni memang antara aktiviti kesukaan diaorang.
Tak dapat mandi kolam, bathtub pun jadilah…hehehe
Ingat nak survey swimming coach kalu ada. Boleh belajar secara lebih proper.
Selain daripada tu, ingat nak bawak diaorang pergi ke Pusat Sumber. Pun dekat sini jer.
Kalau berkesempatan nanti, boleh juga bawa horse riding kat Kelab Equestrian Putrajaya ni. Ala, kat tempat kuda Tun Mahathir tu.
Berkumpul sama-sama sepupu sepapat pun memang akan buat diaorang seronok sangat.
Mentongkangpecahkan rumah kekdahnya…haha
Biasanya, adalah juga selitkan aktiviti shopping time & makan-makan ke tempat favourite diaorang.
Korang buat aktiviti apa cuti sekolah ni?
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia