• Putrajaya, Malaysia
  • April 27, 2024

Bila saya dapat resipi yang mudah, simple dan cepat nak disediakan, memang rasa tak sabar-saber jer nak share dalam blog ni. Kali ni saya nak kongsikan resipi spageti tuna yang memang sedap dan mudah sangat nak disediakan.

 

 

Western Food

 

Resipi asalnya memang lagi simple. Ni saya ada tokok tambah serba sedikit, hehehe…

 

Bahan-bahan Tuna Spaghetti

  • 1/2 bungkus spageti
  • 1 tin tuna di dalam minyak sayuran
  • 1 biji bawang besar kuning
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 sudu besar minyak zaitun/sayuran
  • 1 sudu kecil daun basil kering
  • 1 sudu kecil daun oregano kering
  • Secubit garam dan gula melaka jika perlu

 

Cara Menyediakan Tuna Spaghetti

  1. Didihkan air yang dicampur garam dan minyak di dalam periuk.
  2. Apabila air menggelegak, masukkan spageti.
  3. Biarkan sehingga 10-15 minit atau sehingga spageti benar-benar lembut.
  4. Toskan dan ketepikan.
  5. Tumis bawang yang dipotong dadu hingga layu
  6. Masukkan tuna
  7. Masukkan segala jenis sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam.
  8. Masukkan daun basil dan oregano kering.
  9. Jika terlalu pekat, boleh ditambah sedikit air.
  10. Perasakan dengan garam dan gula melaka.
  11. Sedia untuk dihidangkan di atas spageti.

 

Sedia untuk dimakan...yam -yam :)
Sedia untuk dimakan…yam -yam 🙂

Macam yang saya bagitau tadi, resipi asal tuna spaghetti ni memang sangat simple. Kalau ikutkan boleh letak jer sebarang sos yang ada kat dapur. Tu pasal saya main campak-campak jer. Daun oregano dan basil tu pun, saya tambah sendiri jer. Kebetulan ada tamu datang rumah, bila makan spageti tuna ni, memang diaorang suka. Siap tapau bawak balik rumah lagi 🙂

Thanks Alom Lyna Noh for the simplest and yummiest recipe 🙂

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

8 thoughts on “Resipi Spageti Tuna (Tuna Spaghetti) Yang Super Simple dan Mudah

  1. Wah.. senang je ye masak sphagetti tuna ni. Macam masak mee goreng je lebih krang. Saya suka makan sphagetti. Tapi husband tak bape suka. Hehe. Tapi takpe, t try msk sphagetti tuna mana taw dia suka kan..
    Thanx..
    Hannah Aziz recently posted…KEAHLIAN PERCUMA!!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge