• Putrajaya, Malaysia
  • April 29, 2024

Hakikat yang harus dihadapai oleh mereka yang mengalami obesiti adalah risiko mendapat penyakit kronik termasuklah masalah jantung. Salah satu penyakit jantung yang berkaitan adalah pembesaran atau pembengkakan jantung.

Penyelidikan baru daripada The University of Arizona Sarver Heart Center telah membantu memberi perincian yang lebih jelas bagaimana berat badan yang berlebihan meningkatkan risiko penyakit jantung.

 

Kenali Penyakit Left Ventricular Hypertrophy (LVH)

 

Masalah kesihatan akibat obesiti

 

Dalam kajian terbesar seumpana ini, pakar kardiologi, M. Reza Movahed, MD, PhD dan pakar pemyelidik Adolfo A. Matinez MD, mendapati bahawa berat badan yang berlebihan dikaitkan dengan penebalan otot jantung dalam ventrikel kiri, ruangan pengepam jantung. Ia dikenali sebagai Left Ventricular Hypertrophy (LVH) oleh para pakar perubatan,.

Penebalan dinding jantung menjadi amat ketara pada pesakit obes yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) 30 atau lebih besar. LVH ini menjadi risiko yang sangat tinggi kepada kematian. Ketahui juga cara mengira BMI yang mudah.

 

 

masalah pembengkakan jantung adalah komplikasi akibat obesiti - body mass index BMI

 

Daripada 17,261 ultrasound jantung yang dianalisa, didapati bahawa penyempitan injap aortic, injap utama yang membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh merupakan punca utama kepada LVH. Seterusnya diikuti oleh jantina dan BMI.

Walaupun punca sebenar berlakunya LVH kepada pesakit obes masih belum diketahui dengan jelas, namun dipercayai ianya mungkin akibat peningkatan beban kerja serta lain-lain faktor risiko penyakit jantung kepada pesakit ini.

 

 

Cara Mudah Penyakit Left Ventricular Hypertrophy (LVH)

 

 

Masalah kesihatan akibat obesiti

 

Justeru itu, amatlah penting untuk kita yang mungkin sedang menghadapi masalah obesiti untuk menukar gaya hidup yang lebih sihat. Ini termasuklah mengambil diet yang sihat (makanan seimbang), melazimkan aktiviti fizikal, kehidupan yang lebih baik (tidak merokok, minum alkohol, bermasyarakat).

Selain daripada itu, mengekalkan BMI yang ideal adalah salah satu cara terbaik untuk menghalang masalah penebalan/pembengkakan dinding jantung (LVH) sekaligus membolehkan jantung dapat berfungsi dengan baik.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “Simptom Jantung Membesar & Membengkak; Komplikasi Akibat Obesiti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge