• Putrajaya, Malaysia
  • March 28, 2024

Para ibu hamil perlu memastikan pengambilan makanan yang seimbang bagi menampung keperluan tubuh yang berbadan dua serta untuk membekalkan nutrisi yang cukup bagi tumbesaran bayi di dalam kandungan. Namun, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan sewaktu hamil kerana ia boleh membahayakan bayi tersebut.

 

9 Jenis Makanan Yang Perlu Dijauhi Oleh Ibu Mengandung

 

1) Kerang

Kerang yang biasanya terdapat di dalam char kuey teaw goreng, sambal nasi lemak atau laksa sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut.

Namun, adalah lebih baik para ibu memberitahu penjual agar tidak memasukkannya ke dalam makanan yang ingin dimakan oleh ibu-ibu sekalian.

Ini kerana, para ibu tidak tahu sama ada kerang tersebut dimasak dengan betul atau tidak.

 

2) Hidangan Stimbot (Steamboat)

Ada sesetengah daripada bahan-bahan stimboat tidak dimasak sepenuhnya.

Justeru itu, pastikan ianya dipanaskan sehingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.

 

 

 

makanan yang perlu dielakkan semasa hamil - keju

 

3) Keju

Beberapa jenis keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat seperti Brie dan Camembert,  dan keju berjaring biru seperti Stilton.

Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi dalam rahim ibu.

 

4) Pate, Daging Mentah @ Kurang Masak & Telur

Semua sumber makanan ini merupakan sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi ibu-ibu sekalian. Apabila menyediakan daging atau telur, pastikan ianya dimasak sepenuhnya.

 

 

 

makanan berbahaya semasa mengandung

 

5) Makanan Laut Mentah

Makanan laut yang selalu diambil secara mentah ialah tiram dan sushi. Para ibu perlu elakkan semua ini.

 

 

 

makanan yang perlu dielakkan semasa hamil - ikan bermerkuri

 

6) Ikan Jerung, Todak @ Marlin

Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semulajadi dalam jumlah yang tidak selamat.

Selain itu, tuna juga turut mengandungi raksa. Oleh itu, hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada 4 tin bersaiz sederhana atau 2 stik segar seminggu.

 

7) Hati & Produk Hati (Pate, Sosej Hati)

Semua makanan ini perlu dielakkan kerana mungkin mengandungi sejumlah besar Vitamin A berjenis retinol.

Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi di dalam kandungan.

 

8) Minuman Beralkohol

Bagi yang bukan muslim, berhenti atau kurangkan pengambilan minuman beralkohol semasa hamil. Jika mahu minum, jangan minum lebih daripada 2 unit, 1 atau 2 kali seminggu, dan jangan minum hingga mabuk.

 

 

 

makanan yang perlu dielakkan semasa hamil - kafein

 

9) Kafein

Hadkan pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Ini bermakna atau bersamaan dengan 2 cawam besar (mug) kopi segera atau 4 cawan teh atau 5 tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, para ibu boleh mengambil kopi atau kola nyahkafein.

 

Sebenarnya, semua jenis makanan ni pun tak bagus sangat kalau kita yang tak hamil ni ambil secara berlebihan. Kalau hamil apatah lagi. Kesihatan bayi di dalam kandungan adalah jauh lebih penting. Apa yang para ibu makan atau minum semasa mengandung akan disalurkan terus kepada bayi. Jadi perlu berhati-hati dalam memilih makanan seharian.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “9 Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan Sewaktu Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge