• Putrajaya, Malaysia
  • September 29, 2022
makanan yang perlu diambil sewaktu mengandung

Pelbagai jenis nutrien penting diperlukan oleh ibu hamil bagi memastikan tubuh badan ibu benar-benar fit dan sihat. Manakala bayi di dalam kandungan pula memerlukan pelbagai jenis zat yang diperolehi melalui ibu untuk menampung perkembangan serta tumbesaran yang sihat dan normal.

 

 

diet sihat ibu hamil dan janin

 

Justeru itu, sekiranya para ibu sering mengabaikan apa yang ditelan selama ini, maka inilah masanya untuk berubah. Mulalah mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.

Makanan yang sihat dan seimbang bukan sahaja baik untuk fizikal bayi, malah ada makanan tertentu yang sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Mesti semua mak ayah nak anak mereka cerdik, pintar dan genius kan?

 

 

Diet Sihat & Seimbang Untuk Ibu Hamil Dan Bayi

Hidangan harian mestilah merangkumi variasi makanan daripada 4 kumpulan makanan berikut:-

 

diet sihat ibu hamil dan janin - buah-buahan dan sayur-sayuran

 

1) Buah-buahan & Sayur-sayuran

Para ibu boleh membeli buah-buahan dan sayur-sayuran dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau sebagai jus.

Namun, sayur-sayuran dan buah-buahan segar serta jus perahan sendiri yang boleh dicampurkan adalah pilihan terbaik.

Sasarkan untuk mengambil 5 hidangan dari kumpulan ini sehari.

 

 

diet sihat ibu hamil dan janin - makanan berkanji

 

2) Makanan Berkanji

Makanan berkanji ni termasuklah roti, nasi, pasta dan kentang. Pilihan terbaik adalah daripada sajian bijian penuh.

 

 

makanan yang perlu diambil sewaktu mengandung

 

3) Makanan Kaya Protein

Makanan yang mengandungi tinggi protein termasuklah daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang.

Cuba target untuk mengambil 2 hidangan ikan seminggu termasuklah ikan yang berminyak.

 

 

makanan yang perlu diambil sewaktu mengandung

 

4) Produk Tenusu

Produk tenusu termasuklah susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium. Bagi ibu-ibu yang memang jenis tak boleh nak telan produk tenusu, boleh cuba mengamalkan suplemen kalsium sebagai alternatif agar khasiat daripadanya dapat diperolehi.

 

Sebenarnya, hampir semua kumpulan makanan ni telah menjadi hidangan harian bagi sesetengah para ibu. Untuk mempertingkatkan lagi tahap diet sihat ibu-ibu sekalian, mungkin cara penyediaan makanan perlu diubah.

Lebihkan cara mengukus, merebus dan memanggang berbanding menggoreng (khasnya deep frying). Pastikan juga tidak tersalah mengambil 9 Jenis Makanan Yang Berbahaya Untuk Bayi Dalam Kandungan.

Walaupun setiap bentuk kelahiran bayi telah ditentukan-Nya, namun, apa yang paling penting, para ibu perlu berusaha untuk menjaga pemakanan sihat semasa hamil. Doa dan tawakkal juga perlu seiring. Semoga para ibu sekalian dipermudahkan melalui pengalaman mengandung sehingga kelahiran bayi yang sihat dan cergas šŸ™‚

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Ā 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Diet Sihat Untuk Ibu Hamil Agar Bayi Berkembang Sihat & Normal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge