• Putrajaya, Malaysia
  • December 10, 2024

Sewaktu mengandung, makanan dan minuman yang diambil oleh ibu akan memberi kesan secara langsung kepada pertumbuhan dan perkembangan bayi di dalam kandungan. Diet yang tinggi dengan sumber buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, lemak sihat, produk tenusu rendah lemak dan bijirin penuh adalah sangat penting untuk perkembangan setiap organ, termasuk otak.

Walaubagaimana pun, sekiranya para ibu ingin menyokong perkembangan otak bayi secara khusus, beberapa jenis makanan boleh ditambah dan diutamakan di dalam diet semasa hamil.

 

Makanan Bantu Tingkatkan Perkembangan IQ Janin Dalam Kandungan

 

Cara Atasi Kencing Manis Semasa Kehamilan

 

1) Bijirin Diperkaya

Bijirin diperkaya mengandungi banyak mikronutrien penting untuk perkembangan otak janin. Asid Folik dan Choline dalam bijirin diperkaymencegah spina bifidaa membantu  dan lain-lain kecacatan tiub neural.

Zat Besi di dalam bijirin diperkaya pula dapat membantu meningkatkan kesihatan otak janin. Kekurangan Zat Besi semasa hamil adalah punca utama kecacatan mental yang boleh dicegah.

Sebaik-baiknya pilihlah bijirin diperkaya yang tinggi kandungan serat tetapi rendah kandungan gula.

 

 

Cara Atasi Kencing Manis Semasa Kehamilan

 

2) Ikan

Ikan mengandungi Asid Lemak Omega-3 yang dikenali sebagai Docosahexaenoic Acid (DHA) yang sangat diperlukan untuk perkembangan otak yang optimum.

Para ibu yang cukup pengambilan Omega-3 semasa mengandung cenderung untuk mempunyai anak-anak yang boleh melakukan sesuatu yang lebih baik semasa ujian pengukuran lisan, kemahiran sosial dan komunikasi sewaktu tahap awal kanak-kanak.

 

Bayi boleh dirangsang menjadi genius dan tinggi IQ sejak dalam kandungan

 

 

3) Sayur-sayuran Laut

Sayuran laut seperti rumpai laut Nori, adalah sumber Iodin yang sangat baik..

Iodin membantu pembangunan otak dan saraf tunjang dan mencegah kecacatan mental.

Sayuran laut turut mengandungi Asid Folik, Choline dan Omega-3 yang boleh meningkatkan perkembangan otak melalui beberapa cara yang berbeza.

Walaubagaimana pun, elakkan sayuran laut coklat hijiki keranan boleh mengandungi tahap arsenic yang tinggi.

 

 

cara meningkatkan IQ bayi dalam kandungan supaya genius melalui pemakanan - kekacang dan bijirin

 

4) Kekacang dan Bijirin

Kekacang dan bijirin turut mengandungi Omega-3 sebagaimana kandungan mikronutrient yang meningkatkan perkembangan otak, seperti Vitamin B6. Vitamin ini membantu di dalam fungsi otak normal dengan bertindakbalas sebagai penghubung sel-sel otak (menghantar impuls kimia).

Segenggan kekacang atau bijirin boleh dimasukkan di dalam hidangan atau dijadikan snek harian. Walnut adalah contoh kekacang yang tinggi Omega-3 dan mikronutrient.

 

 

Cara Atasi Kencing Manis Semasa Kehamilan

5) Makanan Tambahan Set Hamil Shaklee (Prenatal YES Pack)

Set Hamil Shaklee yang terdiri daripada Omega Guard, ESP, B Complex, VitaLea, SR Vita-C dan Ostematrix turut menyokong perkembangan otak bayi melalui segala nutrien penting yang terkandung di dalamnya.

ESP mengandungi protein soya non-GMO yang menyokong perkembangan sel yang sihat. Pembinaan tubuh kita bermula daripada sel yang membentuk otot, kemudian organ termasuk otak dan akhirnya tubuh manusia.

Maka sel yang sihat turut memainkan peranan penting dalam perkembangan otak yang cemerlang.

Asid Folik boleh didapapi di dalam VitaLea dan B Complex. VitaLea yang merupakan multivitamin turut mengandungi vitamin untuk otak iaitu Iodin, Cholin dan Zat Besi. Semua vitamin ini merupakan sebahagian daripada 28 jenis vitamin dan mineral penting untuk tubuh.

B Complex juga mengandungi pelbagai jenis Vitamin B termasuk B6 yang sangat baik untuk fungsi otak.

Manakala Omega Guard yang mengandungi Omega-3 sangat dikenali sebagai Brain Booster.

SR Vita-C yang merupakan Vitamin C dapat membantu dalam meningkatkan kesihatan otak serta daya ingatan seseorang.

Ostematrix mengandungi dengan Kalsium, Vitamin D dan Magnesium. Vitamin D dan Magnesium juga turut didapati bagus untuk fungsi otak.

Jika ingin menggunakan suplemen, pilihlah yang benar-benar dijamin berkesan, selamat, semulajadi dan mesra alam. Mendapat kelulusan KKM serta pengiktirafan Halal JAKIM.

Suplemen sebegini jika diambil dengan betul akan dapat menampung kelompongan nutrisi dalam tubuh kita termasuklah nutrisi untuk disalurkan kepada bayi.

 

Oleh yang demikian, adalah penting untuk para ibu mula mengambil berat tentang pemakanan semasa hamil kerana ia akan terus disalurkan kepada bayi yang sedang dikandung. Di samping itu, lakukan juga rangsangan bagi meningkatkan perkembangan IQ janin dalam kandungan. Elakkan makanan tidak berkhasiat seperti makanan ringan, segera atau yang tinggi garam, gula dan lemak.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “5 Makanan Penting Bantu Perkembangan Otak Bayi Dalam Kandungan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge