• Putrajaya, Malaysia
  • April 27, 2024

Bila melibatkan pelan makanan (meal plan), tak semua orang yang berjaya nak ikut betul-betul. Salah satu alasan yang sering diberikan adalah kerana jadual harian yang agak sibuk menyebabkan tiada masa nak memasak.

Selalunya mereka lebih suka pilih shake sihat untuk bersarapan. Boleh ambil shake sihat, tapi ada masanya kita terasa nak tukar selera kan? Takkan nak ambil shake sepanjang hari…hehe

Sebenarnya, kalau sebelum ni kita jenis makan kat luar sepanjang hari, dari sarapan hingga makan malam, mesti ada cara untuk kita selitkan makanan yang kita masak sendiri.

 

Tips Sediakan Pelan Makanan Bagi Golongan Terlalu Sibuk

 

tips turunkan berat badan

 

Memakan makanan yang dimasak sendiri  memang pilihan terbaik. Namun, sekiranya kita berhadapan dengan rutin masa yang terlalu menghambat, maka mengambil sekurang-kurangnya 1-2 hidangan yang dimasak sendiri adalah jauh lebih baik berbanding memakan semua hidangan makanan di luar rumah.

Tindakan yang boleh kita buat ialah, semak jadual harian kita. Cari dan korbankan sedikit masa untuk memasak hidangan yang ringkas dan cepat.

Contohnya, kita boleh menyediakan sarapan atau makan malam ringkas di rumah dan mengambil makan tengah hari di luar, mungkin bersama-sama rakan sekerja atau sekolej.

Sekiranya makan di luar, pastikan kita mengambil inisiatif untuk memilih makanan yang lebih sihat. Jangan lupa juga mengambil makanan dalam bahagian yang kecil mengikut keperluan badan kita.

Kalau dilihat dengan saiz hidangan di kedai-kedai makan, memang kebanyakannya adalah agak besar dan melampaui kalori yang diperlukan oleh tubuh kita.

Jadi, tidak semestinya kita wajib menghabiskan semua makanan di dalam pinggan. Badan kita ni bukanlah tong sampah bergerak tau. Jadi makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Makan hingga kita rasa dah cukup dan selesa. Bersederhanalah dalam melayan selera makan.

Untuk mengelakkan pembaziran, bungkus sebahagian makanan yang kita simpan atau tak habis makan tu. Boleh juga dijadikan makan malam nanti 🙂

Sebagai seorang yang sentiasa sibuk, gunakan masa hujung minggu untuk memasak lebih sikit dan buat stok makanan yang siap untuk 2-3 hari berikutnya. Ambil masa sedikit untuk merancang pelan makanan kita bagi minggu tersebut, dan pasti kita akan berpuas hati.

Ye lah kan, ada hari tu, bila pulang dari kerja, kita akan rasa penat, lapar dan agak malas, tapi nasib baik dah ada makanan berkhasiat di rumah yang dah sedia untuk dimakan.

Selain daripada itu, untuk menghasilkan hidangan yang sihat, tak semestinya perlukan masa penyediaan yang lama atau terlalu terperinci. Main campak-campak, lepas tu siap, pun dah boleh dapat yang berkhasiat.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge