• Putrajaya, Malaysia
  • May 2, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Kes tersedak susu yang sering kita dengar sehingga membawa kepada kematian bayi biasanya melibatkan bayi yang menyusu formula. Namun, harus diingat bahawa terdapat juga segelintir kes yang menyebabkan bayi yang menyusu badan mengalami tersedak susu.

 

 

bayi tersedak susu-babychoking

 

Di antara masalah yang memungkinkan bayi meninggal dunia semasa penyusuan ibu ialah:-

 

1) Berlaku Refluks

Aliran balik sesuatu cecair atau bertentangan dengan arah pergerakan normalnya ketika bayi sedang menyusu badan.

 

2) Ibu Tertidur

Ibu yang menyusu bayi sambil berbaring tertidur dan tanpa disedari payudara telah menghimpit bayi sehingga menyebabkan bayi sukar bernafas.

 

Bagi mengelakkan berlakunya keadaan tersebut, para ibu yang melakukan penyusuan badan dinasihatkan agar:-

 

1) Memahami teknik penyusuan yang betul.

 

2) Lebih berhati-hati dan bersikap peka serta memberi tumpuan sepenuhnya ketika menyusu bayi.

 

3) Pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

 

4) Ampu bayi dalam keadaan kepala lebih tinggi daripada perut.

 

5) Sekiranya aliran susu laju (payudara penuh atau bengkak), picit atau pam keluar susu terlebih dahulu agar bayi tidak mudah tersedak.

 

6) Selepas menyusu, sendawakan bayi. Tegakkan sedikit badan bayi dan biarkan di dalam keadaan tersebut selama 3-5 minit agar susu yang diminum dapat masuk betul-betul ke dalam perut.

 

7) Melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk menghadapi saat-saat kecemasan yang mungkin berlaku pada bayi.

 

8) Mempelajari teknik pertolongan cemas seperti CPR. Keadaan ini membantu ibu untuk bertindak pantas sebelum bantuan profesional tiba.

 

 

bayi tersedak susu-infant-choking

 

8) Sekiranya menyedari bayi tercekik dan sukar bernafas, bantu pulihkan bayi dengan meletakkan posisi badan bayi ke bawah. Seterusnya tepuk belakang bayi sehingga keluar lendir atau kahak yang terkumpul yang menghalang pernafasan bayi.

 

CPR pada bayi-baby-breaths-low-res

 

9) Sekiranya masih belum bernafas, lakukan CPR (hembus nafas ke dalam mulut secara langsung kepada paru-paru bayi).

 

Justeru itu, jangan sesekali memandang ringan tentang keselamatan bayi anda walaupun anda hanya menyusu badan. Kecelakaan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

 

Jangan sia-siakan impian anda memberikan makanan terbaik kepada bayi anda dengan kecuaian sendiri yang boleh dielakkan.

 

Happy breastfeeding mommies!!!

 

Terima kasih 🙂

 

Naimah Wahab

WhatApps/SMS: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

10 thoughts on “Tips Elak Bayi Tersedak Susu Badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge