Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂
“Naimah, macam mana nak makan vitamin ni?” Bila saya minta rujuk kepada upline beliau, katanya upline beliau pun tak pasti sangat.
Ada juga yang bertanya, “Boleh tak nak tukar sponsor/upline?” Kiranya nak masuk bawa sayalah. Bila saya minta rujuk pada upline beliau, beliau kata beliau diminta rujuk group, bertanya itu ini pun, tak dapat jawapan yang dikehendaki. Nak tukar upline bukan semudah nak register tau. Lebih banyak perkara yang akan menyusahkan diri sendiri.
Ini hanyalah dua contoh yang berlaku pada saya apabila saya tolong guide serba sedikit mereka yang ada persoalan tentang vitamin Shaklee yang dibeli melalui pengedar atau mendaftar dengan upline yang tidak mengambil berat kepentingan customer atau anak buah mereka.
Bagi yang mendaftar ahli tidak kira untuk makan sendiri atau untuk membuat biz, biasanya mereka mendaftar dengan kenalan atau keluarga terdekat. Alasannya sebab nak mudah atau support diaorang.
Bagus dah niat tu, tapi kalau menyukarkan diri sendiri di kemudian hari, bukankah ianya menjadi sesuatu yang merugikan? Tambahan pula kalau berniat nak jana pendapatan sampingan.
Perkara Penting Sebelum Daftar Ahli Shaklee
1) Panduan Makan Vitamin
Pastikan sponsor/upline tahu sekurang-kurangnya tentang panduan untuk makan vitamin. Contohnya, air perlu diambil 2-3 Liter sehari. Jika kurang, vitamin tidak dapat diserap dengan sebaik-baiknya. Buah pinggang pula akan terbeban kerana terpaksa bekerja keras.
2) Pantang Larang Pemakanan Vitamin
Untuk mendapatkan result terbaik, sudah pasti anda perlu mengikut pantang larang yang terlibat. Bagaimana nak dapatkan result yang paling optimun kalau anda tersilap makan vitamin?
Sebagai contoh, VitaLea tidak digalakkan diambil sekaligus dengan Ostematrix kerana iron (zat besi) di dalam VitaLea akan bergabung dengan kalsium (Ostematrix). Seterusnya menghalang penyerapan zat serta dibuang terus dari badan. Tak ke sia-sia dan membazir duit jer?
3) Peluang Jana Pendapatan
Walaupun anda mendaftar ahli disebabkan ingin mendapat keistimewaan harga ahli yang jauh lebih murah, tanpa anda sedari anda sebenarnya layak mendapat sekurang-kurangnya cash bonus.
Biasanya kalau point pembelian terkumpul bulanan mencecah 150 UV, anda dah layak dapat cash bonus. Lagi tinggi pembelian, lagi tinggi cash bonus yang anda terima.
Point tersebut tidak semestinya daripada anda seorang jer. Kalau ada kawan-kawan atau saudara-mara yang minta tolong anda belikan produk Shaklee, point tersebut akan masuk kepada anda. Free-free jer dapat bonus, syok kan? 🙂
Anda boleh juga merujuk entri tentang Keistimewaan & Panduan Mendaftar Ahli Shaklee 200 UV.
4) Shaklee Rules & Regulation
Peraturan yang ditetapkan oleh pihak Shaklee sering dikemaskini. Sebagai contoh yang terkini, semua pengedar Shaklee perlu menjual produk Shaklee pada harga yang telah ditetapkan oleh pihak Shaklee.
Pengedar dilarang sama sekali menjual produk Shaklee pada harga ahli kepada mereka yang bukan ahli. Tindakan tegas dengan melucutkan keahlian pengedar tersebut akan diambil. Akibatnya, pengedar tersebut tidak layak menerima bonus dan tidak boleh mendaftar lagi. Tindakan yang sama juga akan diambil kepada ahli yang makan sendiri.
Bayangkan kalau anda tidak dimaklumkan oleh upline anda tentang peraturan ini? Sia-sia sahaja anda mendaftar sebagai ahli sekiranya keistimewaan yang sepatutnya anda nikmati sudah lenyap dalam sekelip mata.
5) Panduan Bisnes
Kalau anda nak tahu, kebanyakan leader yang berjaya atau yang sudah bergelar Master Coordinator tu bermula daripada pengalaman sendiri makan produk Shaklee ni. Lepas tu mereka share kebaikan produk. Dengan ilmu produk serta pemasaran dan teknik bisnes yang diajar, mereka berjaya dengan begitu cemerlang sekali.
Sekiranya tiba-tiba anda ingin membuat bisnes, maklumkan saja pada saya, maka anda akan dimasukkan ke dalam secret group Dreams, Creams dan yang super duper best seperti iReach. Di sana banyak tips bisnes, marketing, teknikal, motivasi dan kehidupan yang dikongsi bersama.
Saya Berminat Menjadi Ahli/Pengedar Shaklee, Apa Yang Perlu Saya Lakukan?
Tahniah kerana anda telah membuat keputusan yang bijak. Sekurang-kurangnya untuk penjimatan anda di antara 20-25%. Besar kan? Sekarang mungkin anda hanya menjadi ahli makan sendiri, akan datang mana tahu anda adalah Master Coordinator Shaklee yang paling berjaya! Nak join bisnes terus pun, orait aper?
Mudah sahaja caranya, anda boleh mendaftar secara online atau maklumkan sahaja kepada saya 🙂
Diharap agar beberapa points yang dikongsikan di atas akan membantu anda untuk membuat pilihan terbaik sebelum mendaftar sebagai ahli atau pengedar Shaklee. Peluang yang ada kepada semua ahli adalah sama rata, tinggal kita sahaja yang nak gapai atau lepaskan.
Terima kasih kerana sudi menyinggah 🙂
iR Naimah Wahab
WhatApps/SMS: 019 – 937 7380
Shaklee ID: 1001144
Persoalan
Terimakasih untuk tip yang cik kongsikan
Abdur recently posted…Mengatur Strategi SEO Menggunakan File Robots.txt
Sama2, harap dapat menjadi panduan buat semua.
betul tu, sangat penting untuk kenalpasti siapa upline kita..barulah tak sia2,walaupun setakat jadi ahli untuk makan sahaja sekalipun
Qider recently posted…Pancake Fluffy dengan Mealshakes
Tulah, kesian sangat bila ramai yang bertanya pasal Shaklee sebab upline xtahu
Baguslah ada buku panduan senang pengguna tahu macam mana penggunaan dengan betul.
Bahrain recently posted…Filem Godzilla 2014 Lebih Menggerunkan
Harap boleh membantu 🙂