• Putrajaya, Malaysia
  • May 1, 2024

Senaman sit-ups memang tidak dinafikan sangat bangus untuk mengempiskan perut buncit. Namun ada kalanya, dek kerana terlalu sibuk dengan urusan harian sampaikan kita tak sempat nak buat sit-up atau bersenam. Sebenarnya, tanpa senaman tersebut pun, ada alternatif lain untuk mengempiskan perut buncit.

 

cara kempiskan perut buncit

Teknik Mudah Kempiskan Perut Buncit

Cara-caranya ialah:-

  1. Kempiskan perut kita seberapa kempis yang boleh

  2. Tahan selama 10 saat (atau lebih)

  3. Lepaskan

  4. Ulangi langkah -langkah di atas sebanyak 8 kali atau lebih.

Kalau diperhatikan, kaedah yang dilakukan ini adalah hampir menyamai kaedah sit-ups tapi lebih simple dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.Tak kiralah di rumah, di pejabat, sambil menonton tv, membaca dan sebagainya.

Kalau yang nak lakukan teknik ni di tempat awan, jangan terlebih excited ye, karang tak pasal-pasal jadi perhatian orang plak…hehehe.

Bila  dah siap 8 sesi, mesti kita dapat rasakan kesan seperti melakukan sit-ups kat perut kita kan?

Secara teknikalnya, kaedah ni mahukan agar perut kita berasa letih. Jadi ianya akan membantu pembakaran lemak supaya lebih mudah bertukar dan digantikan dengan muscle.

Bonus extra bagi wanita, pada masa yang sama, anda boleh melakukan senaman kagel (kemut) untuk mengetatkan faraj (vagina).

 

Teknik Kempiskan Perut & Ketatkan Faraj

Cara-caranya ialah:-

1.Tarik nafas, kempiskan perut seberapa kempis yang boleh, pada masa yang sama, kemut seberapa kemut yang boleh.

  1. Tahan nafas, tahan kempis perut, tahan kemutan 8-10 saat.
  2. Lepaskan nafas, kempisan perut & kemutan secara perlahan-lahan.

  3. Ulangi semua langkah di atas sebanyak 8 kali atau lebih

 

Best kan, dalam 1 masa dapat 2 manfaat? Jimat masa, tenaga dan wang ringgit. Daripada duk termenung takde buat apa, baik kita amalkan teknik ni. Perut makin kempis, dalaman pun makin sihat bagi wanita.

 

 

cara kempiskan perut buncit

Berapa Lama Nak Dapat Result Yang Diinginkan?

Result ni terpulang kepada individu. Kalau kita ni seorang yang rajin, buat setiap hari, dalam masa beberapa minggu dah boleh nampak hasilnya.

In fact, kita boleh kempiskan perut sepanjang masa bila kita jadikan teknik ni sebagai amalan.

Teknik ni pun sebenarnya ada diajarkan di pusat aerobik tau.

Jadi, nak kempiskan perut, tak perlulah bersusah payah nak ke gym atau ikuti sebarang program kempiskan perut yang ekstrem atau makan produk yang belum tentu berkesan dan selamat.

Yang penting rajin dan tidak mudah berputus asa.

 

<

p style=”text-align: center;”>Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

8 thoughts on “Tips Kempiskan Perut Tanpa Senaman Yang Sangat Mudah

  1. Tak mustahil boleh kurus tanpa bersenam. Tapi kena makan cara yang betul. Ramai orang ingat cara diorg makan betul padahal tak, sebab tu makin hari berat makin naik. Boleh try baca cara makan kat Sado Street. Tiru bulat2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge