• Putrajaya, Malaysia
  • May 2, 2024

Jika diselidiki, sekarang ni banyak penyakit yang menyerang kita sangat berkait rapat atau berpunca daripada makanan dan minuman yang kita ambil. Seiring dengan perkembangan pesat teknologi, pelbagai pilihan makanan dan minuman yang dihasilkan.

Namun malangnya, makanan tersebut turut mengandungi bahan-bahan tambahan berbahaya seperti perasa, pewarna, pemanis tiruan dan penstabil. Tidak kurang juga yang mengandungi gula, garam dan bahan kimia yang sangat tinggi. Semua ni menjadi punca pelbagai jenis penyakit yang melanda kita.

Nabi Muhammad SAW seringkali mengingatkan umat Islam tentang bahaya perut agar mereka berwaspada dengannya.

 

Tips Sihat Secara Islam

 

Dalm Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali menyenaraikan 7 adab sebelum makan yang perlu dijaga.

 

7 Adab Sebelum Makan Yang Sangat Dituntut

#1: Memastikan makanan daripada sumber yang halal

#2: Membasuh tangan.

#3: Meletakkan makanan di dalam bekas yang diletakkan di atas lantai kerana ia melatih diri tawaduk. Namun, sekiranya makanan diletakkan di atas meja tanpa melampaui batas, ianya tidaklah dilarang.

#4: Duduk dengan cara yang betul. Dilarang makan sambil berbaring atau bersandar.

#5: Berniat supaya makanan yang dimakan ini mendatangkan kekuatan untuk beribadah kepada Allah SWT.

#6: Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan bersyukur.

#7: Berusaha supaya tidak makan seorang diri tetapi bersama-sama orang lain walaupun dari kalangan keluarga atau anak sendiri.

 

Tips Makanan Diberkati Allah

Imam Ghazali juga menyenaraikan beberapa adab ketika makan yang perlu dijaga supaya makanan tersebut diberkati Allah Taala iaitu:-

#1: Mulakan dengan Bismillah dan doa.

#2: Makan dengan tangan kanan

#3: Mengunyah dengan baik

#4: Jangan dicaci sebarang makanan

#5: Sebaik-baiknya dijamah makanan terdekat dahulu kecuali buah-buahan.

#6: Jangan menghembus di atas makanan yang panas. Tunggu dengan sabar.

#7: Jangan makan secara berlebihan

#8: Apabila terpaksa minum air, pastikan ianya sedikit sahaja kecuali sekiranya perlu.

 

Adab Selepas Makan Yang Sangat Dituntut

Berhubung adab selepas makan, Iman Ghazali memberikan beberapa tunjuk ajar mengenainya iaitu:-

#1: Berhenti makan sebelum kenyang

#2: Menjilat jari

#3: Membasuh tangan

#4: Berdoa

#5: Mengeluarkan makanan yang terlekat dicelah gigi atau flossing

#6: Banyak bersyukur kepada Allah

#7: Beristighfar supaya diampunkan Allah andai kata terdapai unsur-unsur syubhah pada makanan itu

 

Semua adab ni kalau ikutkan amat mudah, tapi atas kita jer sama ada nak amalkan atau tidak. Yang pasti, sudah tentu banyak hikmah dan kebaikan yang tersembunyi di sebalik amalan-amalan di dalam adab sebelum dan selepas makan ni, ye tak? Di antaranya ialah Dapat Kurangkan Perut Buncit serta Mengelakkan Kegemukan.

 

Rujukan:

Dr. Danial Zainal Abidin

Perubatan Islam & Bukti Sains Moden

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

2 thoughts on “Tips Kesihatan Islam; Berdisiplin Dalam Makan & Minum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge