Lepas pantang anak sulung, badan dah naik mendadak. Beranak nombor dua nipun badan tak turun-turun. Masih ada harapan ke lagi nak kuruskan badan dengan kelahiran anak ketiga?
Mestilah boleh! Teringat saya kata-kata seorang pemilik produk kecantikan yang bersiaran dalam televisyen dulu-dulu.
Masa tu saya masih anak dara. Bujang trang tang tang lagi, hihi.
Menurut beliau, berpantang adalah jalan untuk seseorang wanita tu menjadi lebih cantik. Dengan syarat, jaga betul-betul.
Wah, menarik kan? Lepas ni boleh beranak ramai-ramai lagi.
Tapi AWAS, kalau tak jaga, jadi lagi teruklah.
Masa dalam pantang, urat, otot kita dan dalaman kita masih lemah, longgar dan mudah nak reshape.
Jadinya, ambillah peluang ni nak jadi lagi kurus dan sihat.
Sebelum tu, boleh lihat perkongsian ibu muda ni, macam mana beliau boleh jadi kurus hingga turun berat badan sebanyak 20 KG lepas bersalin:-
Pengalaman Berpantang Di Perantauan & Di Kampung
Kalau mak saya dulu, memang siap bersalai bagai. Tungku, stoking dan bengkung memang tak tinggallah.
Masa saya pantang anak sulung, Kashful, semua saya ikut kecuali salaian tak buat.
Masa tu pantang kat Amerika Syarikat, mana nak cari penyalai tu. Silap haribulan ada jugak orang report ingat berlaku kebakaran pulak 😛
Satu lagi, mak saya memang pesan sangat-sangat, lepas bersalin jangan minum ais langsung.
Kalau sampai setahun, lagi bagus. Errr, rasanya bertahan sampai 8 bulan kot, kiki.
Set Pantang vs Set Kurus
Masa tu, saya tak tahu pun pasal Set Pantang Shaklee yang boleh merangkap Set Kurus gak.
Set Pantang Shaklee terdiri daripada Alfafa, ESP, Ostematrix, VitaLea, Zinc dan Omega. Set Kurus pula Alfafa, Herblax, ESP, Omega dan Lecithin. Cinch Shake boleh tambah kalau anda jenis kuat makan.
Jadinya, hanya perlu tambah Lecithin dan Herblax jer.
Saya beli set pantang sampai 2 jenis. Sudahnya tak abis makan. Pilis pun tak habis sebab lecehlah pulak bersepah sana-sini.
Lepas pantang tu, kuruslah sekejap. Dah nak balik Malaysia, badanku, Ya Rabbi! Macam tak nak ngaku jer tu diri sendiri.
Lepas bersalin anak nombor dua, walaupun saya baru berjinak-jinak dengan Shaklee, tapi saya konsisten dengan ESP.
Lepas tu ambil Alfafa. Nak try plak Lecithin dan Omega. Ada masa saya rembat Cinch Shake suami saya.
Bila tengok balik vitamin yang saya ambil tu, semuanya berkaitan juga untuk kurus.
Anak kedua saya, Asif dah nak masuk 2 tahun 2 bulan. Saya amalkan Shaklee lebih kurang dalam setahun lebih.
Yang saya perasan, sekarang ni, kalau kadang-kadang terlupa ambil vitamin Shaklee, berat badan saya masih terkawal.
Jadi, ingat yer ibu-ibu, masa dalam pantang ni, jaga makan dan diet elok-elok, ikut pantang betul-betul dan rajin juga bergerak. Supplement pun boleh bantu cepatkan proses penyembuhan luka, beri tenaga serta buang lemak yang tidak perlu.
Tak kiralah anak ke 3 ke, ke 5 ke, peluang nak kurus balik memang ada.
Jangan terkejut kalau orang asyik orang tanya, “eh, macam mana awak boleh kurus cepat lepas pantang?”, “apa yang awak lakukan untuk slim cantik macam ni lepas bersalin?”, “aikkk, badan macam anak daralah!”
Nak Tahu Sharing Lain Tentang Keberkesanan Shaklee Terhadap Tahap Kesihatan?
Video Testimoni Wajib Tengok, Luahan Daripada Hati Yang Paling Dalam. Semuanya ringkas, padat dan menarik 🙂
SHARING Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144
Informasi yang menarik.
Silahkan kunjungi web kami untuk mendapatkan informasi lainnya tentang
Rahasia Langsing Secara Alami
Muh Ismail recently posted…Kenali Penyebab Perut Masih Buncit Setelah Melahirkan dan Cara Mengatasinya
Tq
bila berpantang di oversea mmg susah sikit nak ikut full pantang…kita pun dulu blk msia baru urut semua…
bila anak kedua dah mula kenal shaklee, tak de risau sgt la pasal gemuk lps bersalin nie…shaklee mmg bnyk membantu.. 🙂
syuhada amir recently posted…6 Tips Untuk Kurus Selepas Bersalin Yang Ibu Wajib Lakukan!
Alhamdulillah, banyak testimoni yang sangat berpuas hati dengan Shaklee kan?
Duk overseas memang berpantang cara anak rantaulah kite…hehe