• Putrajaya, Malaysia
  • November 2, 2024

Dalam bersemangat nak kurus, nak buang segala lemak tak elok kat badan, mesti macam-macam kepercayaan dan info silap yang sering kita amalkan.

Walaupun agak logik pada akal, tapi sebenarnya ia bukanlah penyebab kita boleh turunkan berat badan secara optimum.

 

7 Mitos Tentang Penurunan Berat Badan

1) Merokok Dapat Menurunkan Berat Badan

Ramai perokok yang akui, bila berhenti merokok, selera makan mereka bertambah. Jadi mereka buatlah kesimpulan yang merokok ni boleh bantu jadi kurus.

Memang betul bila merokok, berat badan akan susut. Sebabnya, selera makan akan berkurangan. Tapi sanggup ke tanggung risiko kesihatan yang serius akibat merokok.

IMG_1866.JPG

Merokok ni pun akan ganggu deria rasa dan kesihatan yang menyeluruh. Malah ianya menjadi pembunuh senyap kepada kita. Malah membahayakan orang-orang di sekeliling kita.

Kurus sebab merokok bukanlah kurus yang sihat tapi kurus yang memudharatkan kesihatan.

Nampak kurus dan bergaya tapi bakal mati lagi cepat dari sepatutnya, nak ke?

 

2) Skip Waktu Makan Untuk Kurus

Ni dah kira antara kesilapan terbesar. Skip waktu makan terutamanya sarapan pagi akan menyebabkan metabolisma menjadi rendah. Maka kalori pun tak dapat dibakar dengan banyak.

Katakan kita skip makan tengah hari, nanti waktu malam, mesti kita akan makan dengan jayanya. Lagi banyak dari biasa.

Berpuasa berbulan-bulan untuk diet pun tak bagus. Dalam Islam, puasa sunat Isnin-Khamis dah kira sangat baik untuk kesihatan. Tapi kalau nak lebih pahala, nak puasa lebih, terpulanglah. Yang penting, berserdahana.

3) Lakukan Diet Sahaja Untuk Buang Lemak

Diet yang betul dan seimbang adalah pilihan terbaik untuk kurus. Namun, dengan bersenam, pembakaran kalori akan menjadi bertambah cepat. Jadi lagi cepat kurus!

Bila bersenam, peluh akan keluar dengan banyak. Masa ni juga berlakunya pembuangan toksin dari badan. Senaman juga akan menjadikan tubuh kita lebih sihat. Lagi senang nak fokus.

Ibarat pepatah, “Badan Sihat, Otak Cergas”.

 

4) Jangan Makan Lepas Pukul 6 Petang

Sebenarnya, kadar metabolisma akan mula menurun ketika tidur. Maka lebihan kalori akan disimpan sebagai lemak, bukan tenaga.

Boleh jer makan selepas pukul 6 petang tapi kalau sedang berdiet, digalakkan mengambil makanan ringan seperti roti bijirin penuh, buah-buahan, salad, hirup sup, biskut.

Yang paling penting, kita sangat digalakkan untuk elak makan 2 jam sebelum tidur.

 

5) Minum Banyak Air Menjadikan Kita Tembam

Mitos ni paling logik kalau kita fikir. Badan kita terdiri daripada 70% kandungan air. Apabila kita minum air sebanyak 3KG sehari, akan menyebabkan berat badan kita bertambah sebanyak 15%, iaitu berat air.

IMG_1865.JPG

Sebenarnya air yang dimaksudkan ni adalah air kosong. Air kosong tiada kalori. Bukan air manis, bukan air dalam tin, bukan air gas! Air yang diminum akan gantikan air lama dan dibuang melalui proses perkumuhan.

Sebaiknya minum air mineral untuk mendapatkan zat-zat galian. Yang terbaik adalah air zam-zam. Tetapi dengan air kosong pun dah memadai.

 

6) Angkat Besi Jadikan Badan Berotot-otot Tanpa Menurunkan Berat Badan

Biasanya isttilah angkat besi atau latihan beban merujuk kepada mengangkat dumbell, sit up, push down atau aktiviti yang melibatkan tekanan terhadap sesuatu bahagian badan.

Ya betul, aktiviti ini boleh menyebabkan badan kita semakin berotot. Namun kita perlu ingat bahawa lebih banyak otot, lebih tinggi metabolisma, seterusnya lebih banyak kalori dibakar. Walaupun kita sedang berdiri atau duduk.

Dengan latihan beban, tahap metabolisma juga meningkat antara 24 hingga 48 jam selepas latihan.

Dengan meningkatnya pengambilan oksigen, maka jumlah kalori dan lemak yang dibakar turut bertambah.

Melakukan aktiviti angkat besi 2-3 kali seminggu tidak akan menjadikan badan kita berotot seperti atlet bina badan.

Otot-otot yang besar yang dimiliki oleh atlet bina badan biasanya terhasil daripada latihan penekanan otot secara berterusan (setiap hari) serta dengan pemilihan makanan yang betul.

 

 7) Kita Dapat Turunkan Berat Badan Walaupun Makan Apa Sahaja Yang Disukai

Konsep utama untuk kurus atau turunkan berat badan adalah memastikan kalori yang dibakar lebih banyak daripada kalori yang diambil.

IMG_1864.JPG

Jadi betul kita boleh makan apa sahaja TETAPI perlu hadkan jumlah pengambilan kalori serta tingkatkan aktiviti fizikal.

Boleh rujuk entri Tips Kurus Dengan Makan Nasi untuk contoh dan penerangan yang lebih lanjut.

Lepas ni bolehlah berdiet dengan aman damai. Bila kita tahu tentang mitos atau kepercayaan yang kurang tepat untuk kurus, makin mudahlah untuk kita turunkan berat badan.

Pssst, jangan tak tahu, suplemen pun boleh bantu kita untuk meningkatkan lagi proses untuk dapatkan berat badan ideal. Tapi ingat, suplemen Shaklee ni bukan ubat kurus.

Kita masih wajib mengamalkan diet yang seimbang dan sihat, senaman yang konsisten serta gaya hidup yang sihat bagi mencapai misi kurus kita.

Suplemen akan bantu tubuh kita untuk menghilangkan lemak jahat secara sihat. Memenuhi proses untuk kurus secara cepat dan semlajadi.

 

Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Facebook: Naimah Wahab
Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

3 thoughts on “7 Mitos Penurunan Berat Badan Yang Kritikal Perlu Diketahui

    1. tu hanya kepercayaan jer, sebab bila minum air, kita akan rasa perut penuh, padahal sementara jer sebab nanti air akan keluar melalui proses perkumuhan. Lagipun air kosong takde kalori.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge