• Putrajaya, Malaysia
  • October 8, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Selalunya orang yang nak kurus akan mengelakkan nasi di dalam menu diet harian mereka. Namun, macam mana pula nasi boleh membantu untuk kurus?

 

Nasi adalah sumber karbohidrat
Boleh tahan ke tak makan nasi dengan lauk-pauk macam ni???….hehe

 

Adalah tidak wajar untuk kita menyeksa badan untuk mengelakkan nasi kerana nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia.

 

 

Say No To Nasi?

 

Ini kerana, anda mungkin berjaya “say no to” nasi untk beberapa bulan, namun tidak mustahil anda akan melepaskan geram untuk makan nasi berpinggan-pinggan selepas itu. Maka, semakin bertambahlah berat badan anda.

 

Apakah Perkaitan Nasi Untuk Kurus

 

Perkara yang paling penting untuk semua orang yang ingin kurus ketahui ialah bagaimana jumlah pengambilan kalori harian serta keseimbangan zat yang mengikut piramid maknanan, begitu juga nasi.

 

Apakah Zat Utama Nasi?

 

Nasi merupakan sumber karbohidrat. Karbohidrat diperlukan oleh tubuh sebagai bekalan tenaga. Sumber karbohidrat adalah pelbagai termasuk nasi, kentang rebus, ubi, roti, jagung, kekacang, pasta dan sebagainya.

Jadi, tidak perlu elak nasi atau sumber karbohidrat yang lain. Kawal sahaja pengambilannya.

 

Apakah Hubungan Nasi Dengan Naik Turun Berat Badan?

 

Nasi boleh diambil sama ada 1 kali, 2 kali atau 3 kali sehari, namun dengan kadar yang bersesuaian.

 

Dengan membuat anggaran keperluan kalori bagi nasi:-

 

Untuk mengekalkan berat badan, makan nasi pada kadar saiz segenggam penumbuk tangan anda bersama air kosong. Sekiranya anda ingin minum bersama air manis seperti jus, separuh genggam nasi bersama separuh gelas air jus adalah bersamaan segenggam nasi yang diambil dengan air kosong tadi.

 

Bagi menurunkan berat badan pula, kurangkan nasi daripada saiz segenggam tangan tadi bersama air kosong. Sekiranya ingin mengambil air manis, konsep pengurangan adalah sama supaya anggaran kalori asalcadalah kurang daripada saiz segenggam penumbuk tangan anda.

 

Segenggam penumbuk sebelah tangan jer tau, jangan plak nanti guna dua-dua tangan, haru! 😛

 

Kalau anda makan roti, pasta atau lain-lain sumber karbohidrat, bayangkan yang jumlahnya adalah segenggam atau mengikut keperluan anda yang ingin kurus.

 

Pengambilan air kosong sangatlah digalakkan kerana air kosong zero kalori. Namun, jangan sesekali makan berulamkan air.

 

Contoh yang saya berikan di atas adalah keperluan harian karbohidrat, jadi adalah tidak mendatangkan masalah sekiranya anda mengambilnya walaupun sehingga 3-5 kali sehari asalkan tidak melebihi kadar yang sepatutnya.

 

Sebelum pergi ke contoh menu, saya nak kongsikan video seorang ibu muda yang kurus lepas bersalin sanpai turun 20 KG! Sangat terinspirasi 🙂

 

 

Contoh Menu Untuk Kurus

 

Contoh #1:

Nasi Segenggam (Karbohidrat) + Ayam Seketul (Protein) + Sayur (Vitamin + Mineral) + Air Kosong = contoh diet seimbang

 

Contoh #2:

Nasi Segenggam (Karbohidrat) + Ayam Seketul (Protein) + Sayur (Vitamin + Mineral) + Air Teh Tarik/Nescafe (Karbohidrat) = contoh diet tak seimbang kerana nasi dan air teh tarik/nescafe adalah 2 sumber karbohidrat yang agak besar.

 

Tips Shaklee Untuk Bantu Kurus

 

Nak berdiet dengan Shaklee punya produk pun tak perlu berpuasa nasi bagai.

 

Anda boleh merujuk cara Turun 10 KG Dalam Masa Sebulan atau Kurus Optimum Dengan Konsep 3B.

 

Kenali punca kegemukan anda agar konsultasi terbaik dapat diberikan.

 

Nak Tahu Sharing Lain Tentang Keberkesanan Shaklee Terhadap Tahap Kesihatan?

Video Testimoni Wajib Tengok, Luahan Daripada Hati Yang Paling Dalam. Semuanya ringkas, padat dan menarik 🙂

 

SHARING Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

19 thoughts on “Tips Makan Nasi Untuk Kurus! Tak Perlu Menyeksa Diri Lagi

  1. bagus tips ini.. nasi tak menggemukkan jika diambil dalam kuantiti yang sederhana.. yang penting kena ambil makanan seimbang dengan melebihkan sayur dan buah.. seimbangkan dengan aktiviti fizikal seperti senaman, insya-Allah berat badan akan turun..
    Mizz Aiza recently posted…Hentikan Tabiat Menggigit KukuMy Profile

  2. dan sy masih keliru 1 genggam nasi tu kita genggam nasi dlm tgn kita ke atau ikut saiz penumbuk tgn kita? maaf nk komen 2x sbb x click notify me hehe

  3. Pada pendapat saya, nasi tidak menggemukkan jika ianya diambil pada waktu siang sahaja dan ini adalah berdasarkan kajian yang saya jalankan atas diri saya sendiri. Tetapi jika nasi diambil pada waktu malam, kemungkinan besar untuk gemuk adalah tinggi. Jadi, elakkan makan nasi pada waktu malam terutamanya ketika melepasi pukul 10 malam.

  4. Biar kita kawal makanan. Bukan makanan kawal kita. Makan lah sekadar alas perut untuk ada tenaga. Not nasi lauk satu pinggan penuh. Nasi just segenggam tangan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge