• Putrajaya, Malaysia
  • April 29, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Ramai orang sekarang ini yang mula sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan. Salah satu caranya ialah dengan pengambilan produk kesihatan serta makanan tambahan. Antara yang paling popular adalah Shaklee kerana ianya semulajadi, berkesan, selamat dan mesra alam.

 

Salah faham terhadap vitamin Shaklee

Pernah tak dengar rungutan, “Saya dah makan vitamin Shaklee tapi tak berkesan pun!”. Ada juga yang cakap “Sejak saya ambil Shaklee ni, macam-macam penyakit datang!, Betul ke Shaklee bagus ni?”

 

Sebenarnya ada sebahagaian daripada pengguna yang salah faham terhadap suplemen Shaklee ni.

 

Salah Fahan Terhadap Produk Shaklee

 

#1: Shaklee Bukan Ubat

 

Nama pun dah supplement kan? Jadi, Shaklee ni sebenarnya adalah makanan tambahan yang bertujuan menampung kekurangan zat tubuh badan anda sekaligus membantu anda untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Sememangnya bahagian Penafian (Disclaimer), turut menyatakan produk Shaklee bukan bertujuan untuk menggantikan ubat dan rawatan serta khidmat nasihat doktor dan pakar kesihatan.

Jadi, sekiranya anda sedang mendapat rawatan doktor, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk memulakan pengambilan mana-mana produk Shaklee. Di samping itu, teruskan rawatan yang sedang dibuat.

 

#2: Healing Crisis

 

Healing Crisis merupakan krisis penyembuhan yang berlaku pada sesetengah orang yang mengambil produk Shaklee, hatta mana-mana produk kesihatan yang lain sekalipun.

Adalah normal apabila badan kita yang mungkin sebelum ini dirasakan sihat, tiba-tiba datang pula pelbagai penyakit selepas mengambil Shaklee.

Ini kerana, suplemen Shaklee terutama yang bersifat detoks akan bertindak balas menyingkirkan toksin, radikal bebas dan anasir-anasir yang tidak bagus untuk kesihatan.

 

#3: Salah Cara Makan

 

Ekoran kerana mencari pengedar yang menjual dengan harga murah akibat ingin menghabiskan stok yang bertimbun-timbun, pengguna lupa faktor utama pembelian suplemen iaitu konsultasi.

Pengedar sebegini selalunya akan mengabaikan pengguna dan juga tidak menjaga kepentingan pengedar yang lain yang betul-betul mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Shaklee.

Shaklee sangat strict dengan harga. Pengedar yang didapati menjual pada harga yang tidak ditetapkan, akan diambil tindakan segera demi menjaga kemaslahatan pengedar yang lain.

Oleh itu, carilah pengedar yang dapat memberi konsultasi terbaik kepada anda terutama cara pemakanan terbaik suplemen agar dapat memberikan kesan yang paling optimun.

 

#4: Tidak Berkesan

 

Ramai pengguna yang tidak tahu atau tidak mengikut pantang larang utama pengambilan suplemen sehingga tidak mendapat kesan yang dikehendaki. Sudahnya, mereka menyalahkan produk Shaklee kerana dikatakan tidak berkesan.

Sebagai contoh, pengamal suplemen perlu mengambil air masak yang banyak iaitu 2-3 Liter sehari. Pengambilan air masak tidak boleh dipandang enteng oleh pengguna. Lagikan kehidupan seharian kita pun perlukan air masak yang banyak, apatah lagi apabila mengambil suplemen.

 

#5: Konsultasi Yang Berbeza

 

Lain pengedar, lain konsultasinya walaupun penyakit yang anda hadapi adalah sama? Adakah anda confuse?

Sebenarnya, sebagai contoh, ada masalah kegemukan disebabkan oleh makan banyak, jadi Set A lebih sesuai, ada kegemukan disebabkan oleg stress, maka Set B yang patut dipilih, ada pula kegemukan disebabkan oleh hormon yang tidak stabil, maka disarankan Set C.

Ada juga konsultasi berdasarkan pengalaman pengedar sendiri atau pelanggan mereka. Sebab itu berbeza kerana tubuh badan masing-masing mempunyai tindak balas terhadap penyakit yang berbeza.

 

#6: Alergik

 

Kita perlu menerima hakikat bahawa ada segelintir pengguna yang tidak sesuai dengan sesetengah produk Shaklee. Sebagai contoh, penggunaan Alfafa yang menyebabkan jerawat teruk berpanjangan iaitu melepasi tempoh healing crisis yang biasanya lebih kurang 2 minggu.

Maka, anda perlulah berhenti menggunakan Alfafa dan mencuba produk Shaklee lain yang bersesuaian.

Ini kerana, sistem tubuh serta tindak balas tubuh seseorang adalah berbeza.

 

Kesimpulannya, memilih pengedar yang boleh memberi konsultasi terbaik sekurang-kurangnya cara makan serta pantang larang Shaklee adalah sangat penting.

Jangan dah tersilap beli atau daftar ahli dengan pengedar lain, sudahnya terkial-kial mencari pengedar lain untuk konsultasi.

Konsultasi adalah hak istimewa pelanggan pengedar tersebut atas penghargaan kerana mendapatkan produk Shaklee daripada mereka.

 

So, jangan salah faham lagi pasal Shaklee, buat pilihan yang bijak!

 

Terima kasih 🙂

 

Shaklee Independent Distributor

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

4 thoughts on “6 Perkara Salah Faham Terhadap Vitamin Shaklee

    1. Betul dah tu, aiza.

      Cuma ada sesetengah pengguna yang bagitau xberkesan, bila tanya banyak x ambil air masak, kata banyak, bila check betul2, 2-3 cawan or gelas jer..hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge