• Putrajaya, Malaysia
  • April 18, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera:)

 

Bagi ibu muda atau baru melahirkan anak sulung, pertambahan berat badan yang berlaku secara mendadak sewaktu mengandung amat menggusarkan. Mesti bermacam-macam cara digunakan untuk mendapatkan bentuk badan seperti zaman anak dara dahulu.

 

Kurus Selepas Bersalin

 

Namun, ianya bukanlah mudah kerana perlu mengambil kira faktor metabolisma badan, yang berkait rapat dengan faktor komposisi dan saiz badan, jantina dan umur serta genetik.

 

Banyak faktor yang menyebabkan ibu yang lepas bersalin sukar menurunkan berat badan. Di antaranya ialah:-

 

#1: Kurang Tidur

Sememangnya kehadiran bayi akan menyebabkan ibu kurang tidur. Tidur yang terganggu akan berkadar langsung dengan penurunan keupayaan badan membakar kalori.

 

#2: Kafein Berlebihan

Kafein seperti kopi dan teh boleh menganggu kadar penyerapan zat serta menganggu pembakaran kalori.

 

#3: Stress

Stress atau tekanan boleh menurunkan produktiviti harian si ibu. Selain daripada itu, stress juga boleh melemahkan sistem ketahanan badan sekaligus menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit. Ibu yang kurang sihat dan kurang bersemangat  selalunya akan mengabaikan penampilan diri sendiri.

 

#4: Makan Banyak

Walaupun anda mengambil makanan bernutrisi, namun perlu juga diawasi kandungan kalori di dalam makanan tersebut.

Perhatikan juga saiz hidangan serta baca label makanan.

 

#5: Persekitaran Anda

Ibu baru biasanya dimanjakan dengan ‘comfort food’. Namun ia tidak akan membantu si ibu. Pengambilan makanan tersebut secara sekali sekala, tidak mengapa, namun jangan sampai menjadi tabiat.

 

#6: Salah Senaman

Biasanya ibu baru akan menunggu sekitar 6-10 minggu untuk bersenam. Namun, sebaiknya, dapatlah nasihat doktor terlebih dahulu. Senaman yang melampau boleh mendatangkan masalah kesihatan yang lain.

Merujuk pakar bagi senaman yang tidak berisiko adalah terbaik.

 

#7: Kesabaran

Untuk kurus, anda perlu lakukan secara berperingkat. Letak target mingguan dan bulanan yang bersesuaian. Adalah tidak wajar sekiranya anda memaksa diri untuk turun 5 KG sekaligus dalam seminggu. 1/2 – 1 KG seminggu adalah lebih realistik.

Kurus secara perlahan adalah lebih baik bagi menjamin kesihatan anda dan bayi anda.

 

Tips Shaklee

 

Anda boleh merujuk cara Turun 10 KG Dalam Masa Sebulan atau Kurus Optimum Dengan Konsep 3B.

 

B Complex

 

Bagi anda yang sering stress, pengambilan B Complex dapat membantu agar anda lebih tenang kerana B Complex merangsang penghasilan hormon serotonin (hormon gembira).

 

Jika ingin berikhtiar kurus dengan produk Shaklee, jangan lupa hubungi saya segera.

 

Terima kasih 🙂

 

Shaklee Independent Distributor

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

8 thoughts on “7 Punca Masih Tidak Kurus Lepas Bersalin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge