• Putrajaya, Malaysia
  • May 5, 2024

 

Sekarang ni dah bulan November. Negeri yang selalu hujan macam belah pantai timur tu, memang dah mula rasakan kedatangan musim tengkujuh ni.

musim tengkujuh

Tapi kalau negeri sebelah pantai barat macam KL, Selangor, Putrajaya serta yang sewaktu dengannya tu kene berwaspada pula dengan banjir kilat.

musim tengkujuh

Kelmarin dulu, masa hujan yang amat lebat, ada kawasan kat Putrajaya ni dah naik air tau. Walaupun sekejap jer hujan ribut tu, tapi kenderaan pun sampai boleh tenggelam. Presint 11 ribut bagai nak rak, Presint 14 takde plak macam tu, walaupun sama-sama dalam Putrajaya.

Jadikan, kalau nak bersiap untuk banjir ni, bukan perlu kepada orang yang berada di negeri yang selalu dilanda banjir jer, malah semua orang perlu bersedia.

Persiapan Perlu Menjelang Banjir

1) Simpan Dokumen Penting Kat Tempat Selamat

Macam IC, surat beranak, passport, sijil nikah, apa-apalah dokumen penting tu. Balut siap-siap dalam plastik. Simpan kat satu tempat tinggi yang agak-agak selamat.

Tapi kalau berkemungkinan kawasan tempat tinggal tu ada potensi nak tenggelam, baik letak kat tempat senang kita capai in case berlaku banjir.

2) Stok Makanan

Buat stok makanan kering macam beras, minyak, garam, gula, susu anak, ikan bilis, biskut, kurma dan lain-lain yang perlu. Nak-nak kalau kes kawasan perumahan terkepung dengan air. Tak boleh nak pergi ke mana-mana.

3) Stok Air

Buat stok air siap-siap. Pernah time banjir, bekalan air terputus.

4) Simpan Lilin/Lampu Suluh

Macam kes air juga, kalau banjir besar, bekalan elektrik boleh terputus. Dah ada lilin dan lampu suluh, lighter dan bateri jangan dilupa juga ye.

5) Barang Keperluan Diri

Buat stok barang keperluan diri terutamanya kalau ada bayi. Diapers, ubat gigi, tuala wanita dan segala macam barang yang wajib lah.

6) Wang Tunai

Pastikan ada cash kat tangan. Masa banjir ni, walaupun duit berkepuk-kepuk kat dalam bank, tapi kalau bank atau mesin atm ditenggelami air, memang takde maknanya lah kan.

Satu lagi, mesin atm ada, tapi duit yillek. Pun sia-sia jer.

7) Vitamin

Vitamin pun sangat penting sebagai langkah persediaan. 

Musim banjir ni kan selalunya banyak wabak penyakit yang berlaku terutamanya demam, batuk, selsema. Simpan vitamin yang boleh tingkatkan imun tubuh, antibiotik seperti Nutriferon, Vitamin C, Garlic, Nutriferon, Carotomax, Omega.
Kalau pengganti painkiller, simpan Ostematrix, B Complex.

Kalau yang nak merawat luka, simpan Vivix, Vitamin E dan Herbal Blend

8) Pencuci Pakaian & Rumah

Walaupun nampak remeh, tapi sangat penting juga terutama untuk mak-mak atau yang selalu buat kerja kat rumah ni.

Musim hujan, baju lambat kering dan selalu nak jadi hapak. jadi, untuk atasi masalah baju hapak, gunalah Get Clean Dish Wash beserta Softener Soft Fabric. 

Memang puas hati! Idok ler menagis tak berlagu sebab nak kene basuh balik baju yang hapak.
Kalau pencuci pinggan mangkuk yang pada masa yang sama menjaga tangan kita ni daripada kering, menggelupas atau luka, gunalah Dishwash.

Basic H pula dijadikan sebagai pencuci serbaguna.

Persediaan ni bukan sahaja untuk orang yang dah jadi mangsa banjir sebelum ni, tapi kita semualah yang anytime ada potensi nak kene.

Kalau dah banjir, semua perhubungan tersekat, kita yang kat luar kawasan banjir ni pun terkesan sama. Ye tak?

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge