• Putrajaya, Malaysia
  • April 27, 2024

Sebagai seorang ibu atau bapa, pernahkah kita menggunakan perkataan “JANGAN!” atau “BERHENTI!” kepada anak-anak kita terutamanya anak-anak kecil yang sedang membesar? Rasanya hampir sebahagian besar ibu bapa yang menggunakan perkataan tersebut, kan?

Biasanya kita akan dapati anak-anak yang dilarang dengan perkataan tadi akan tetap mengulangi perbuatan yang sama ataupun hanya sebahagian kecil sahaja yang menurut kata.

 

 

 

cara buat anak mendengar kata

 

 

10 Perkataan/Ayat Larangan Yang Boleh Merangsang Anak Mendengar Kata

 

1) Berbanding ayat “Jangan buat macam itu”.

Cuba ayat “Mama/papa akan gembira melihat abang/kakak/adik melakukan ini sebagai ganti”.

 

2) Berbanding “Berhenti menangis/meraung/meragam/mengamuk!” atau “Jangan manja sangatlah!”.

Cuba ayat “Mama/papa tahu along sedih dengan apa yang berlaku, tapi mama/papa nak abang/kakak tahu yang mama/papa sentiasa ada bersama-sama untuk tolong along”.

 

3) Berbanding “Mama/papa sibuklah!”

Cuba ayat “Mama/papa memang nak bermain dengan adik. Tapi sekarang ni mama/papa perlu selesaikan sesuatu yang penting terlebih dahulu, kemudian kita boleh bermain”.

 

4) Berbanding “Cepatlah!” atau “Bergerak cepat sikit!”

Cuba ayat “Boleh tak mama/papa tolong kakak selesaikan teka silang-kata/kerja ni?”

 

5) Berbanding “Hentikan!”

Cuba ayat “Kalau Kak Ngah buat macam tu, nanti Kak Ngah akan tercedera”

 

6) Berbanding “Abang ni penyibuklah” atau “Jangan ganggu mama/papa”

Cuba ayat “Boleh tak abang tolong mama/papa sikit? Tolong buat (kerja rumah) ini ye?”

 

7) Berbanding “Kakak/abang ni memang tak pernah nak belajar!”

Cuba ayat “Kakak/abang kan dah besar. Mesti kakak/abang tahu/boleh fikir apa yang boleh dan tidak dilakukan”

 

8) Berbanding “Abang/kakak ni tak pernah nak dengar kata mama/papa!”

Cuba ayat “Mama/papa gembira sangat kalau abang/kakak dengar kata mama/papa”

 

9) Berbanding “Kenapa Kak Chik tak boleh jadi bagus macam adik-beradik yang lain?”

Cuba ayat “Abang Long, Kak Ngah dan adik selalu buat mama/papa gembira. Kak Chik pun patut buat macam tu”

 

10) Berbanding “Padan muka, rasakan akibat tak dengar cakap mama/papa!”

Cuba ayat “Ingat tak apa yang mama/papa katakan tentang perkara (kesalahan) tersebut. Mulai sekarang, abang dah patut tahu apa yang perlu dilakukan”.

 

 

 

tips keibubapaan bagi menjadikan anak mendengar kata dan ikut arahan

 

 

Ingatlah bahawa anak-anak terutamanya anak kecil tidak bertindak balas atau jarang memberi respon kepada arahan, terutamanya jika arahan tersebut bertentangan dengan apa yang mereka inginkan. Strategi yang paling penting adalah memberi penerangan tentang sebab kita nak anak-anak kita melakukan satu-satu perkara.

Cuba untuk menggunakan ayat alternatif yang mempunyai maksud yang sama. Dengan pendekatan yang berbeza bagi situasi yang sama, kita pasti akan mendapat keputusan dan kerjasama yang lebih baik daripada anak-anak kita 🙂

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

12 thoughts on “10 Ayat Yang Menjadikan Anak Kita Mendengar Kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge