• Putrajaya, Malaysia
  • April 28, 2024

Tahukah anda, mempunyai berat badan berlebihan boleh menjadi faktor risiko untuk beberapa jenis kanser? Walaupun berat yang lebih tinggi tidak semestinya menjadi penyebab kanser, namun mengekalkan berat badan yang ideal (sihat) dipercayai dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah diserang penyakit kronik.

Menurut laporan Cancer.Net dengan kelulusan Cancer.Net Editorial Board, Sept 2013, lebih daripada 2/3 orang dewasa Amerika Syarikat mempunyai berat badan berlebihan (obes dengan ketara atau sangat berat yang berlebihan). Ini bermakna, mereka mempunyai terlalu banyak lemak badan yang berlebihan berbanding tisu badan, seperti otot.

 

Risiko kanser akibat obesiti - punca obesiti

 

Banyak faktor yang mempengaruhi punca obes, termasuklah genetik (keturunan), hormon, persekitaran, emosi, gaya hidup dan faktor-faktor budaya.

Di antara penyakit kronik yang sering menyerang golongan obes ialah Diabetes Jenis II, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Selain daripada itu, mempunyai berat badan yang berlebihan juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mendapat kanser.

 

Hubungkait Berat Badan & Risiko Kanser

Beberapa kajian telah membuat penerokaan mengapa dikatakan berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko kanser dan pertumbuhannya. Orang yang obes mempunyai tisu lemak yang berlebihan yang boleh menghasilkan hormon seperti insulin atau estrogen, yang boleh menyebabkan sel-sel kanser berkembang.

 

 

Risiko kanser akibat berat badan berlebihan1

 

Bagaimana perubahan berat badan kita sepanjang hayat juga boleh menjadi risiko mendapat kanser. Walaupun lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan, namun kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor berikut boleh mempengaruhi risiko mendapat kanser:-

  • Berat badan yang tinggi dikaitkan dengan risiko kanser yang lebih tinggi
  • Penambahan berat badan semasa dewasa secara konsisten dikaitkan dengan peningkatan beberapo jenis kanser
  • Pengulangan berat-kurus (weight cycling – kehilangan dan mendapat semula berat badan berulang kali) turut boleh menjadi faktor risiko kanser.

 

 

Punca kanser akibat obesiti

 

Kajian menunjukkan bahawa mengekalkan berat badan sihat dikaitkan dengan risiko yang rendah terhadap kanser serta risiko yang lebih rendah bagi kanser berulang (apabila kanser datang kembali selepas rawatan) bagi pesakit kanser.

 

 

Jenis-jenis Kanser Yang Dikaitkan Dengan Berat Badan Berlebihan (Obesiti)

  • Payudara (bagi wanita yang telah menopaus)
  • Kolon & Rektum
  • Rahim (Uterine)
  • Buah Pinggang (Kidney)
  • Esophageal
  • Pankreas (Pancreatic)
  • Endometrium (lapisan dalam rahim)
  • Tiriod
  • Pundi Hempedu (Gallbladder)

 

Walaupun lebih banyak bukti yang diperlukan, berat badan berlebihan turut dikaitkan dengan kanser:-

  • Ovari
  • Serviks
  • Hati (liver)
  • Non-Hodgkin Limfoma (Non-Hodgkin Lymphoma)
  • Myeloma Berganda (Multiple Myeloma)
  • Prostat

 

Sebab tulah, seboleh-bolehnya kita cuba mendapatkan berat badan ideal. Bukan sebab nak nampak cantik atau hensem jer, tapi kesihatanlah yang paling utama. Bila badan kuat dan sihat, sebagai seorang muslim, nak buat ibadah pun senang. Lagipun dengan tulang 4 kerat yang ada ni, kita boleh dermakan masa, tenaga dan keringat kita ke jalan-Nya. Segalanya berpahala.

Nantikan sambungan seterusnya tau 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

3 thoughts on “Kaitan Berat Badan Berlebihan (Obesiti) Dengan Risiko Kanser

  1. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm150 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh…daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih…jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge