• Putrajaya, Malaysia
  • March 28, 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Dengar perkataan kanser dah rasa kecut perut, kan? Apatah lagi kalau kita menghidapi kanser. Walaupun kita berasa sihat, namun info tentang kanser perlu diambil tahu agar kesihatan kita lebih terjamin.

 

 

kanser - peringkat kancer di dalam tubuh

 

Apakah Kanser?

 

Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang.

Sel badan kita akan mati selepas 21 hari dan diganti dengan sel baru (poses Apoptosis). Sel kanser terjadi apabila sel yang sepatutnya mati ini, tidak mati. Sel ini dipanggil sel rosak.

Kanser membahayakan tubuh apabila sel-sel rosak membahagi tanpa kawalan untuk membentuk ketulan atau gumpalan tisu yang dipanggil ketumbuhan atau tumor (kecuali dalam kes leukemia di mana kanser melarang fungsi darah yang normal oleh pembahagian sel yang tidak normal dalam aliran darah).

Tumor boleh membesar dan mengganggu sistem penghadaman, saraf, dan peredaran darah, dan mereka boleh melepaskan hormon yang mengubah fungsi badan.

Sel-sel kanser yang berkembang akan tersebar ke anggota badan yang lain melalui salur darah dan limpa.

Tumor yang tinggal di satu tempat dan menunjukkan pertumbuhan yang terhad secara amnya dianggap sebagai tidak berbahaya.

 

Bagaimana Berlaku Kerosakan Sel

 

Kanser berpunca daripada Carcinogen (karsinogen). Di antara jenis-jenis karsinogen:-

  • Radikal Bebas
  • Cahaya Matahari
  • Gaya Hidup Yang Tidak Sihat
  • Rokok
  • Diet Tidak Seimbang
  • Minum Minuman Beralkohol Secara Berlebihan
  • Mengambil Makanan Berlemak Secara Berlebihan
  • dan banyak lagi

 

Walaupun anda telah mengamalkan makanan seimbang, menjaga gaya hidup sihat serta tidak merokok, namun anda masih terdedah dengan radikal bebas yang disebabkan oleh pencemaran alam sekitar.

 

Justeru itu, anda perlu memastikan mengambil makanan tinggi kandungan anti-oksidan kerana dapat membantu badan kita daripada terus dipenuhi radikal bebas.

 

Makanan Pencegah Kanser 

 

  • Sayur-sayuran Hijau
  • Protein
  • Jus Buah
  • Pelbagai Jenis Ikan
  • Pelbagai Jenis Buah Beri

 

Anda boleh juga merujuk entri 10 Tanda Amaran Kanser & Cara Mencegahnya untuk maklumat lanjut.

 

Tips Shaklee

 

Vivix merupakan supplement shaklee yang sangat tinggi kandungan anti-oksidan dan boleh membantu menghalang serangan radikal bebas ke dalam tubuh manusia.

 

Kebaikan Vivix Shaklee

 

Selain daripada Vivix, Vitamin ACE yang terdiri daripada Vitamin A (diperolehi daripada Carotomax), Vitamin C dan Vitamin E turut membantu mengurangkan kadar peningkatan radikal bebas di dalam tubuh.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

 

 

Author

Saya membawa misi ingin membantu seramai mungkin orang dalam diet sihat, kecantikan serta kesihatan seisi keluarga. Sihat tanpa dadah. Cegah penyakit sebelum datang atau melarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge