Ibu bapa mana tidak mahu menjadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak mereka kan? Malah mesti kembang hati kalau diri kita dijadikan idola oleh semua permata hati kita. Sebenarnya kita semua mampu menjadi ibu bapa yang hebat. Kuncinya, sentiasa perbaiki diri dan tidak jemu menambah ilmu.
Tips Menjadi Ibu Bapa Terbaik Untuk Membentuk Sahsiah Anak-anak
1) Kalau Tiba-tiba Teringatkan Anak, Kirimkan Bacaan Al-Fatihah
Apabila sampai kepada ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang bermaksud “Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”
Mintalah apa-apa sahaja hajat masa itu yang ada hubungkait dengan anak yang kita ingat tersebut. Habiskan bacaan Al-Fatihah.
Doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2) Pandang Wajahnya Semasa Dia Tidur, Ucapkan Bahawa, Ibu Nak (Nama Anak) Jadi Anak Yang Soleh Sayang!
Cuba amalkan (ada ustaz yang kata ini bermakna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
3) Semasa Bangun Solat Malam, Solatlah Hajat Di Sisinya
Maksudnya kita solat dalam bilik anak dan dekat dengan anak kita. Jika kita selalu buat dan kita beritahu anak kita yang kita sering doakannya, anak tersebut akan dapat merasakan satu ikatan kasih sayang yang hakiki.
Yang mana mereka dapat rasakan bahawa kita sangat sayangkannya dan mahu anak kita menjadi anak yang soleh/solehah. Anak juga akan tahu yang kita sering solat hajat untuknya.
4) Minta Dikasihani
Ucapkan setiap masa yang kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika anak-anak tidak menjadi anak yang soleh/solehah bermakna mereka tak sayangkan kita. Sudah tentulah kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5) Peluk Anak Selalu Walaupun Telah Anak Sudah Besar, Sebagaimana Kita Menatang Anak Sewaktu Kecil
Serlahkah aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita berbangga mempunyai anak sepertinya.
6) Maafkan Anak Kita Setiap Masa Walaupun Perbuatannya Amat Melukakan Hati Kita
Muhasabah diri. Berkemungkinan kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak kita sebenarnya berpunca daripada dosa-dosa kita yang lampau.
7) Yang Penting Kita Jaga Tutur Kata
Jangan sekali-kali mengucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ianya berlaku secara tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk meminta maaf.
Mengakulah kepada anak kelemahan kita. Kita marah kerana kesalahan mereka. Bukan bermaksud membenci. Ceritalah dan nak buat macam drama pun boleh.
8) Amalkan Membaca Ayat 40 Surah Ibrahim Supaya Kita, Anak dan Zuriat Keturunan Kita Termasuk Dalam Golongan Orang-orang Yang Tetap Mendirikan Solat.
Wahai Tuhanku! Jadikan daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
9) Selalu Ingatkan Anak, Tak Guna Ada Pangkat, Belajar Tinggi Hatta Hafal Al-Quran Sekalipun Jika Tidak Mempunyai Peribadi Yang Mulia
Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10) Masa Basuh Beras, Niatkan; “Ya Allah, Lembutkanlah Hati Anak-anakku (Sebut Nama) Untuk Faham Agamanya Sebagaimana Engkau Lembutkan Beras Ini Menjadi Nasi”‘
Kenapa kita nak anak faham agama? Kerana anak yang tidak faham agama boleh membawa bersama ibu bapanya ke neraka.
Basuh beras lawan arah jam (macam orang tawaf) sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Semasa melakukan perkara ini, hati jangan lalai, sentiasa ingat Allah selalu.
Amalan harian yang boleh dikatakan mampu dilakukan oleh semua ibu bapa. Cuma perlukan kesungguhan dan konsisten. Mungkin sekarang tidak nampak lagi, tapi setelah beberapa ketika, pasti kita tersenyum syukur mendapati sahsiah dan akhlak anak-anak kita sangat menyejukkan jiwa 🙂
Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything
Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019 – 937 7380
Page: Myliferia
Shaklee ID: 1001144
Banyak betul tipsnya. InsyaAllah boleh dicuba satu per satu. Ibu Bapa mana yang tidak mahu anak jadi yang terbaik.
azwans recently posted…BSN umumkan pemenang SSP BSN bagi bulan Oktober 2015
Betul. Anak-anak kan permata hati. Mesti kita nak beri yang terbaik
kalau ada bapa yang betah memeluk anaknya ketika mana udah besar, memang hebatlah bapa tu….
insan marhaen recently posted…Tiba-Tiba Berdebar
Boleh, kalau kita amalkan dari kecil.
Tapi kalau belum pernah, buat sekarang. Mula2 akan terasa janggal tapi lama-lama nanti ok je?
Semoga saya mampu mendidik dengan benar anak-anak saya nanti… Amin
Irwin Andriyanto recently posted…Daftar Deadline Lomba Blog 2016
Aameen, semoga hasrar menjadi kenyataan.
semoga anak gua kekal hensem dunia akhirat.
amiiinnnn
titan recently posted…Komisen ke 54 dari Ashadee.com
Aameen, makanlah cendol pulut macam bapak dia?
Tips yang terbaik dan mostly byk parents abaikan pun 🙂 kena praktis balik ni
Hilmi Hasan recently posted…6 Isu Penting untuk Memilih Produk Kuruskan Badan yang Terbaik dan Berkesan
Kannn. Semoga bermanfaat buat semua
bagus sangat info ni. thanks ya
Raihanah Ahmad recently posted…Ibu Banyak Berleter Bantu Kejayaan Anak
Your most welcome. Semoga bermanfaat
bagus sekali artikelnya.. sangat bagus untuk diketahui dalam mendidik anak di rumah , terimakasih
matakonstruksi recently posted…Desain Rumah Minimalis
Sama-sama. Semoga bermanfaat?